KG SUNGAI MAU, Sunday 29 November 2020
–
Third Battalion Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF) was involved in providing assistance to heavily flooded areas such as Bukit Puan, Bukit Sawat as well as Kg Kagu. Relief efforts included providing transportation to the community that was stranded in the area.
Also involved in providing assistance were from the other agencies such as Royal Brunei Police Force (RBPF), Fire and Rescue Department, National Disaster Management Centre (NDMC) and Emergency Medical Ambulance Services (EMAS). Brunei Darussalam is currently experiencing Southwest Monsoon which brings heavy rain and unsettled weather condition.

BATALION KETIGA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MEMBERIKAN BANTUAN BENCANA ALAM
KG SUNGAI MAU, Ahad 29 November 2020 – Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) telah terlibat di dalam memberikan bantuan dari segi aset dan anggota tentera di kawasan yang teruk terjejas oleh banjir iaitu di Jalan Utama Bukit Puan, Jalan Utama Bukit Sawat dan Kampong Kagu. Antara penugasan yang dilaksanakan adalah memberikan bantuan pengangkutan kepada masyarakat awam yang terkandas di kawasan tersebut dan memindahkan mereka ke lokasi yang selamat.
Agensi-agensi yang turut terlibat dalam berkerjasama dan berganding bahu memberikan bantuan ialah Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) dan
Emergency Medical Ambulance Services (EMAS). Negara Brunei Darussalam sedang mengalami keadaan cuaca Monsun Barat Daya yang menyebabkan hujan lebat dan keadaan cuaca yang tidak menentu.