SUNGAI LIANG BEACH, Saturday, 19 September 2020 – Third Battalion Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF) has participated in a beach cleaning campaign which was organized by Brunei Liquefied Natural Gas Company (BLNG) in Sungai Liang. This cleaning campaign is an annual activity which is in conjunction with the “International Coastal Cleanup Day” Celebration.

A total of 11 personnel, led by Sergeant Johaibe bin Asnan from 3Bn RBLF have attended this charity activity. Through this involvement, it shows commitment and active involvement from 3Bn RBLF to provide assistance in making the campaign a success.

This annual event has allowed to further strengthen relationship and bonds between 3Bn RBLF with Brunei LNG Company. It also aligned with one of the roles of the RBLF which is to conduct ‘Hearts and Minds’ projects and charity works in its effort to foster and strengthen the organization relationship with the community. 

BATALION KETIGA TENTERA DARAT  DIRAJA  BRUNEI  MENYERTAI AKTIVITI KEMPEN KEBERSIHAN PERSISIRAN PANTAI ANTARABANGSA

PANTAI SUNGAI LIANG, Sabtu, 19 September 2020 – Batalion  Ketiga  Tentera  Darat  Diraja  Brunei (3Bn TDDB) telah menyertai Kempen Kebersihan Persisiran Pantai  Antarabangsa  yang  dikelolakan  oleh  Syarikat  Brunei  Liquefied Natural Gas (BLNG) di Pantai  Sungai  Liang.  Kempen   kebersihan  ini  merupakan  aktiviti  tahunan sempena Sambutan “International Coastal Cleanup Day”.

Seramai 11 anggota diketuai oleh Sarjan Johaibe bin Asnan daripada 3Bn TDDB telah menyertai aktiviti amal riadah tersebut. Melalui penyertaan ini, ia menunjukkan  komitmen dan keaktifan 3Bn TDDB untuk memberi pertolongan dengan menjayakan kempen berkenaan.

Acara  Kempen  Kebersihan Persisiran Pantai  Antarabangsa  yang diadakan setiap  tahun ini mampu mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara 3Bn TDDB dan Syarikat Brunei LNG. Di samping itu, ia juga selaras dengan salah satu aktiviti TDDB yang termasuk di dalam Projek ‘Hearts and Minds’ dan kerja amal dalam usaha untuk memupuk dan mengukuhkan hubungan organisasi bersama dengan masyarakat awam.