
LUMUT CAMP, Friday, 31 March 2023 – Third Battalion Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF) held an Iftar with former Commanding Officers and Regiment Sergeant Majors that took place at Surau Ar-Rahmah, Lumut Camp.
Upon arrival, the former Commanding Officers and Regiment Sergeant Majors were invited to the signing of parchment and a group photo session. It followed with the recitation of Surah Yassin and Tahlil led by Imam Abdul Hakim bin Haji Bujang from the Royal Brunei Armed Forces Religious Directorate. The event then proceeded to Dining Hall of Lumut Camp for dinner and continued with mass Isya ‘Prayer, Sunat Terawih and Witir Prayer. It concluded with Tadarus Al-Quran.
The event is an annual activity for 3Bn RBLF which is conducted during the month of Ramadhan. It serves to show appreciation and commemorate the services by the former Commanding Officers and Regiment Sergeant Majors as well as to strengthen the bond with the personnel of 3Bn RBLF.


BATALION KETIGA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ADAKAN MAJLIS BERSUNGKAI BERSAMA MANTAN-MANTAN PEGAWAI PEMERINTAH DAN SARJAN MEJAR REJIMEN
PERKHEMAHAN LUMUT, Juma’at, 31 Mac 2023 – Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) telah mengadakan Majlis Bersungkai bersama mantan-mantan Pegawai Pemerintah dan Sarjan Mejar Rejimen bertempat di Surau Ar-Rahmah, Perkhemahan Lumut.
Sejurus ketibaan, mantan-mantan Pegawai Pemerintah dan Sarjan Mejar Rejimen dijemput untuk menandatangani lembaran kenangan dan sesi bergambar ramai. Majlis diteruskan dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil yang dipimpin oleh Imam Abdul Hakim bin Haji Bujang, Imam Surau Ar-Rahmah dari Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Seterusnya, majlis bersungkai yang diadakan di Dewan Makan, Perkhemahan Lumut diikuti dengan Sembahyang Fardhu Isya’, Sembahyang Sunat Terawih dan Sembahyang Sunat Witir berjemaah. Majlis diakhiri dengan Tadarus Al-Quran.
Aktiviti tahunan yang berkebajikan ini dibuat pada setiap bulan Ramadan dalam meraih keberkatan serta sebagai tanda penghargaan bagi memperingati jasa bakti mantan-mantan Pegawai Pemerintah dan Sarjan Mejar Rejimen yang pernah menabur bakti. Ia juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan anggota 3Bn TDDB.