LUMUT CAMP, Wednesday 27 April 2022 – Third Battalion Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF) held an Iftar event and presentation of donations to nine orphans and ten special needs children at the Officer’s Mess, Lumut Camp.

Present as the guest of honour was Lieutenant Colonel Haji Mohammad Alimin bin Haji Subohi, Commanding Officer of 3Bn RBLF, accompanied by his spouse. Also present at the ceremony were the Deputy Commanding Officer, Commanding Officers, Officers, Regiment Sergeant Major (RSM) and Drill Sergeant Major (DSM) of 3Bn RBLF together with their spouses as well as the families of the celebrated orphans and children with special needs.

The donations were donated by personnel from 3Bn RBLF and Citra Dewi Catering. It was presented by the guest of honour and spouse along with the other senior officers. 

This event is an annual welfare programme conducted by 3Bn RBLF during Ramadhan to signify the patron ship and charitable deeds of 3Bn RBLF towards the orphans and special needs children. It also denotes appreciation and respect in remembrance of their parents who had once served 3Bn RBLF, specifically on the orphans. Furthermore, it also assists in easing the burden of the special needs children’s families in their preparation for the upcoming Aidilfitri celebration as well as to train members of the RBLF to be more compassionate and benevolent to these special children.


BATALION KETIGA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ADAKAN MAJLIS BERBUKA PUASA DAN MAJLIS PENYERAHAN DERMA KEPADA ANAK-ANAK YATIM DAN ANAK-ANAK BERKEPERLUAN KHAS

PERKHEMAHAN LUMUT, Rabu, 27 April 2022 – Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) pada hari ini telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Majlis Penyerahan Derma kepada sembilan orang anak-anak yatim dan sepuluh orang anak-anak istimewa bertempat di Mes Pegawai, Perkhemahan Lumut. 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis adalah Leftenan Kolonel Haji Mohammad Alimin bin Haji Subohi, Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB berserta isteri. Turut hadir juga, Timbalan Pegawai Pemerintah, Pegawai-Pegawai Memerintah, Pegawai-Pegawai, Sarjan Mejar Rejimen (SMR) dan Sarjan Mejar Kawad (SMK) bersama isteri masing-masing serta keluarga anak-anak yatim dan anak-anak keperluan khas yang diraikan.

Derma tersebut adalah hasil sumbangan daripada Tabung Kebajikan 3Bn TDDB dan Citra Dewi Catering. Penyerahan derma tersebut telah disampaikan oleh tetamu kehormat majlis dan isteri bersama-sama dengan Pegawai-pegawai Kanan yang lain. 

Majlis tersebut merupakan aktiviti kebajikan tahunan 3Bn TDDB yang lazim dilaksanakan pada setiap bulan Ramadhan sebagai penerapan dan pengukuhan nilai-nilai murni dan amal kebajikan terhadap anak-anak yatim dan anak-anak berkeperluan khas. Antara lain juga, aktiviti ini bertujuan untuk mengenang jasa bakti ibu bapa anak-anak yatim yang pernah berkhidmat di 3Bn TDDB sekaligus sebagai usaha membantu dan meringankan beban anak-anak berkeperluan khas terutama sekali dalam persiapan menyambut perayaan Aidilfitri yang bakal menjelma. Aktiviti ini turut berperanan dalam melahirkan anggota TDDB yang prihatin khususnya berkaitan perihal anak-anak yatim dan anak-anak berkeperluan khas tersebut.