ULU BELAIT, Sunday, 24 April 2022 – Third Battalion Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF) has provided manpower and logistics assistance as part of charity efforts with Kumpulan Amal Jariah and Persatuan Belia Belait (PEMBELA) for the Mahabbah 4.0 Project and the Tholabul ‘Ilmi 4.0 Project held at Kampung Labi, Kampung Merangking, Kampung Sukang and Kampung Melilas from 23 to 25 April 2022.
Present to distribute the donation was Awang Muhd. Noor Hazwan bin Abdul Rahman, Vice President IV as the Head of PEMBELA Association delegation. The project commenced at Kampung Labi for the distribution of donated furniture to all four kampung followed by the distribution of mineral water in Kampung Melilas and Kampung Sukang. A total of 100 sets of study tables and 86 sets of chairs under Tholabul ‘Ilmi 4.0 Project sponsored by Mashhor Group of Companies and 500 cartons of mineral water under Mahabbah 4.0 Project donated by Amal Jariah Group were distributed to the villagers in needs.
Prior to the event, the handing over of the furniture donated was held at the Mashhor Group of Companies, Seria between Haji Malai Shamil Faris bin Dr. Haji Malai Abdul Hamid, Deputy Director of Mashhor Group of Companies, and Dayang Atikah Rumaizah binti Dr. Haji Awang Harun, Yang Di-Pertua Persatuan PEMBELA. Also present during the event was Haji Malai Ahmad Faris bin Dr. Haji Malai Abdul Hamid, Head of Business Development and Manager of Mashhor Group of Companies. Meanwhile, the contribution of Mineral Water was handed over by Datin Hajah Misnah binti Haji Md. Daud, Head of Amal Jariah Group, through Awang Haji Roslan bin Haji Hamdan, the Deputy Yang Di-Pertua of the PEMBELA Association.
The third interaction of its kind, it provided an opportunity for 3Bn RBLF personnel to work together with Kumpulan Amal Jariah and Persatuan Belia Belait “PEMBELA“ in the distribution of donations to the public with the mutual aim to provide social welfare to residents living in remote areas. The interaction also made a positive impact to the community with the involvement of other charity groups who share the same sentiments in terms of donation and care towards the residents, especially those in the remote areas.



BATALION KETIGA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI
HULUR BANTUAN BAGI PROJEK AMAL DI KAWASAN PEDALAMAN DAERAH BELAIT
ULU BELAIT, Ahad, 24 April 2022 – Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) telah memberikan khidmat bantuan tenaga dan kenderaan bagi menjayakan Projek Amal di antara Kumpulan Amal Jariah dan Persatuan Belia Belait (PEMBELA) bagi Projek Mahabbah 4.0 dan Projek Tholabul ‘Ilmi 4.0 yang diadakan di Kampung Labi, Kampung Merangking, Kampung Sukang dan Kampung Melilas bermula 23 hingga 25 April 2022.
Awang Muhd. Noor Hazwan bin Abdul Rahman, Naib Presiden IV selaku Ketua rombongan Persatuan PEMBELA telah hadir bagi mengagihkan sumbangan tersebut. Projek amal ini dimulakan di Kampung Labi untuk pengagihan perabot sumbangan kepada empat kampung terlibat diikuti dengan pengagihan air mineral di Kampung Melilas dan Kampung Sukang. Sebanyak 100 set meja belajar dan 86 set kerusi di bawah Projek Tholabul ‘Ilmi 4.0 tajaan Kumpulan Syarikat Mashhor dan 500 karton air mineral di bawah Projek Mahabbah 4.0 sumbangan Kumpulan Amal Jariah telah diagihkan kepada penduduk kampung yang memerlukan.
Sebelum majlis diungkayahkan, penyerahan perabot yang disumbangkan telah diadakan di Syarikat
Mashhor Group of Companies, Seria di antara Haji Malai Shamil Faris bin Dr. Haji Malai Abdul Hamid, Timbalan Pengarah Syarikat Mashhor
Group of Companies dan Dayang Atikah Rumaizah binti Dr. Haji Awang Harun, Yang Di-Pertua Persatuan PEMBELA. Turut hadir ialah Haji Malai Ahmad Faris bin Dr. Haji Malai Abdul Hamid, Ketua Pembangunan Perniagaan dan Pengurus dari Mashhor
Group of Companies. Manakala sumbangan air mineral telah diserahkan oleh Datin Hajah Misnah binti Haji Md.Daud, Ketua Kumpulan Amal Jariah, melalui Awang Haji Roslan bin Haji Hamdan, Timbalan Yang Di-Pertua Persatuan PEMBELA.
Usaha seumpama ini merupakan interaksi kali ketiga yang mampu memberikan peluang kepada anggota 3Bn TDDB untuk bekerjasama dengan Kumpulan Amal Jariah dan Persatuan Belia Belait “PEMBELA” dalam penyaluran sumbangan kepada orang ramai bagi menjaga kesejahteraan sosial penduduk yang tinggal di kawasan-kawasan pedalaman. Interaksi itu juga memberi kesan positif kepada masyarakat dengan penglibatan kumpulan-kumpulan amal lain yang juga memiliki hasrat yang sama dalam memberikan sumbangan dan bersifat pemedulian terhadap penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman.