
ULU BELAIT, Sunday, 11 April 2021 – Third Battalion Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF) has provided manpower and logistics support as part of charity efforts with Kumpulan Amal Jariah and Persatuan Belia Belait (PEMBELA) to Kampong Sukang. A total of 34 military personnel from 3Bn RBLF were involved in the project.
The handing over of donations took place at Bengawan Murni Sendirian Berhad on 10 April 2021 between Datin Hajah Misnah binti Haji Daud, the Head of Kumpulan Amal Jariah and Hajah Hamni binti Haji Asfar, Deputy Head of Kumpulan Amal Jariah to Lieutenant (R) Haji Roslan bin Haji Hamdan, the Deputy Head of PEMBELA.
The donations pack included are 1,300 cartons of mineral water, 50 packs of basic necessities to residents of Kampong Sukang and logistics equipment for 02 water tanks project to Dayang Tengah binti Kadir. Out of 1,300 cartons, 150 cartons have been distributed to local mosques in rural areas of Belait District such as Kampong Sukang Mau Mosque, Kampong Bukit Sawat Mosque, Balai Ibadah Kampong Merangking, Kampong Labi Mosque dan Kampong Sungai Teraban Mosque. The charity project also aims to provide clean water to residents living in Kampong Sukang village and the areas nearby.
The second interaction of its kind, it provided an opportunity for 3Bn RBLF personnel to work together with Kumpulan Amal Jariah and Persatuan Belia Belait “PEMBELA“ in the distribution of donations to the public with the mutual aim to provide social welfare to residents living in remote areas. The interaction also made a positive impact to the community with the involvement of other charity groups who share the same sentiments in terms of donation and care towards the residents, especially those in the remote areas.


BATALION KETIGA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MEMBERIKAN BANTUAN BAGI PROJEK AMAL KEPADA PENDUDUK KAMPONG SUKANG
ULU BELAIT, Ahad, 11 April 2021 – Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) telah memberikan khidmat bantuan tenaga dan kenderaan bagi menjayakan Projek Amal di antara Kumpulan Amal Jariah dan Persatuan Belia Belait (PEMBELA) ke Kampong Sukang. Seramai 34 anggota daripada 3Bn TDDB telah terlibat dalam projek ini.
Penyerahan hasil sumbangan orang ramai disampaikan oleh Datin Hajah Misnah binti Haji Daud, Ketua Kumpulan Amal Jariah dan Hajah Hamni binti Haji Asfar, Timbalan Kumpulan Amal Jariah kepada Leftenan (B) Haji Roslan bin Haji Hamdan selaku Timbalan yang Dipertua PEMBELA pada 10 April 2021 bertempat di Bengawan Murni Sdn Bhd.
Barang-barang Infaq atas sumbangan dari orang ramai adalah termasuk 1,300 karton air mineral, 50 barang-barang asasi kepada penduduk Kampong Sukang dan barangan logistik bagi projek dua tangki air kepada Dayang Tengah binti Kadir. 150 karton daripada 1,300 karton tersebut juga telah diagih-diagihkan kepada Masjid-Masjid di kawasan perkampungan di Daerah Belait seperti Masjid Kampong Sukang Mau, Masjid Kampong Bukit Sawat, Balai Ibadah Kampong Merangking, Masjid Kampong Labi dan Masjid Kampong Sungai Teraban.Projek Amal ini juga bertujuan untuk memberikan bantuan bekalan air bersih kepada penduduk Kampung Sukang dan persekitarannya.
Melalui projek ini juga, ianya dapat memberikan ruang bagi anggota-anggota 3Bn TDDB untuk berkerjasama dengan Kumpulan Amal Jariah dan Sukarelawan PEMBELA dalam membantu mengagih-agihkan barang-barang sumbangan dan infaq dari orang ramai.
Ini merupakan interaksi kali kedua dimana ianya memberi peluang kepada anggota 3BN TDDB untuk bekerjasama dengan Kumpulan Amal Jariah dan Persatuan Belia Belait “PEMBELA” dalam penyaluran sumbangan kepada orang ramai dengan tujuan untuk memberi kesejahteraan sosial kepada penduduk yang tinggal di kawasan-kawasan pedalaman. Interaksi itu juga memberi kesan positif kepada masyarakat dengan penglibatan kumpulan-kumpulan amal lain yang juga memiliki hasrat yang sama dalam memberikan sumbangan dan pemedulian terhadap penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman.