LUMUT CAMP,
Tuesday, 22 October 2019 – Third Battalion Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF) held an Adjutant’s parade that took place at the Parade Square, 3Bn RBLF, Lumut Camp.

Present as the guest of honour was Captain Mohammad Raihan bin Hj Borhanuddin, Adjutant of 3Bn RBLF. Also present to witness the ceremony were Officers, Senior ranks and other personnel of 3Bn RBLF.

The parade commenced with a parade inspection, a march pass led by Captain Mohammad Khairul Asri bin Mohammad Hasbi followed by a speech by the guest of honour. The parade concluded with the recitation of Doa Selamat headed by LCpl Pg Hafiz bin Pg Haji from Religious Department, RBAF.

The parade is part of Third Battalion’s yearly activity which serve to improve discipline and practice marching drills for 3Bn personnel. It is also to ensure that 3Bn personnel’s ceremonial dress are immaculate and ready to be worn at any times when needed.


UPACARA PERBARISAN EJUTAN BATALION KEDUA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

PERKHEMAHAN LUMUT, Selasa , 22 
Oktober 2019 – Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) telah mengadakan upacara Perbarisan Ejutan 3Bn TDDB yang berlangsung di Padang Kawad 3Bn TDDB, Perkhemahan Lumut.

Tetamu Kehormat bagi majlis ini adalah Yang Mulia Kapten Mohammad Raihan bin Hj Borhanuddin, Ejutan 3Bn TDDB. Turut serta hadir pada majlis tersebut adalah Pegawai-Pegawai, PTB-PTB Kanan serta anggota-anggota 3Bn TDDB.

Upacara perbarisan Ejutan 3Bn TDDB dimulakan dengan pemeriksaan barisan oleh Tetamu Kehormat dan diteruskan dengan perbarisan berjalan lalu dalam masa perlahan dan cepat, seterusnya perbarisan mara kehadapan untuk diperhati semula yang diketuai oleh Kapten Mohammad Khairul Asri bin Mohammad Hasbi dan diakhiri dengan ucapan dari Ejutan 3Bn TDDB. Majlis diakhiri dengan doa selamat yang dibacakan oleh LKpl Pg Hafiz bin Pg Haji daripada Jabatan Ugama, ABDB.

Tujuan upacara tersebut diadakan bukan sahaja sebagai salah satu aktiviti tahunan Batalion Ketiga, ianya juga bagi meningkatkan mutu, disiplin dan tatertib berkawad bagi anggota 3Bn TDDB. Ianya juga memberikan peluang  untuk membuat pemeriksaan ke atas pakaian anggota 3Bn TDDB bagi memastikan semua anggota mempunyai pakaian istiadat yang kemas dan sedia untuk digunakan pada bila-bila masa diperlukan.