BERAKAS GARRISON, Sunday, 04 April 2021 –  The Wives Association of Royal Brunei Land Force (RBLF BAKTI) accommodated and joined the 19th Annual General Meeting (AGM) for The Wives Association of Royal Brunei Armed Forces (RBAF BAKTI) which was held at Dewan Pahlawan, Berakas Garrison. Datin Dr Hajah Anita Binurul Zahrina binti POKLW Dato Seri Setia Haji Awg Abd Aziz, wife of the Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) as the President of RBAF BAKTI presided the meeting. Also present during the meeting were the committee, members of RBAF BAKTI and a total of 21 RBLF BAKTI members.

The arrival of the President of RBAF BAKTI was received by Dayang Ummisyafinah binti Haji Zaini, Head of RBLF BAKTI as the host of the meeting. The meeting commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah followed by a speech by the President of RBAF BAKTI. A speech delivered by the outgoing Chairwoman of BAKTI, Commander Norharirayati binti Yakub, RBN preceded the dissolution of the BAKTI Administration Committee for 2019-2021. As a gesture of appreciation, the President of RBAF BAKTI presented gifts to the outgoing Administration Committee.

The meeting endorsed the minutes from the previous AGM and the outgoing Treasurer, Dayang Hjh Azza Yossie binti Hj Abdul Aziz presented BAKTI’s financial report. The meeting then announced the newly appointed BAKTI Administration Committee for 2021-2023. The incoming Chairwoman, Dayang Megawati binti Dato Paduka Haji Manan gave an acceptance speech. The meeting closed with the recitation of Doa Selamat by Dayang Hajah Safinah binti Haji Salim. The next AGM will take place in 2023.

BADAN KEBAJIKAN ISTERI-ISTERI TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MENYERTAI MESYUARAT AGUNG PERSATUAN KE-19

BERAKAS GARISON, Ahad, 04hb April 2021 – Persatuan Badan Kebajikan Isteri-Isteri Tentera Darat Diraja Brunei (BAKTI TDDB) telah mengendalikan dan menyertai Mesyuarat Agung Persatuan Badan Kebajikan Isteri-Isteri Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (BAKTI ABDB) ke-19 yang telah diadakan di Dewan Pahlawan, Berakas Garison. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh Yang Mulia Datin Dr Hajah Anita Binurul Zahrina binti POKLW Dato Seri Setia Haji Awg Abd Aziz, isteri kepada Pemerintah ABDB selaku Yang Di-Pertua BAKTI ABDB. Seramai 21 orang ahli-ahli BAKTI TDDB telah hadir bersama komiti dan ahli-ahli BAKTI ABDB yang lain.

Ketibaan Yang Di-Pertua BAKTI ABDB disambut oleh Yang Mulia Ummisyafinah binti Haji Zaini, Ketua Cawangan BAKTI TDDB, selaku hos mesyuarat tersebut. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Di-Pertua BAKTI ABDB. Mesyuarat diteruskan dengan ucapan daripada mantan Pengerusi Tetap, Komander Norharirayati binti Yakub, TLDB sebelum pembubaran Ahli Jawatankuasa Tadbir BAKTI 2019-2021. Sebagai tanda penghargaan, Yang Di-Pertua BAKTI menyampaikan cenderahati kepada Ahli Jawatankuasa Tadbir BAKTI yang baru dibubarkan. 

Antara agenda yang dibincangkan di dalam mesyuarat tersebut adalah mengesahkan minit Mesyuarat Agung yang lepas dan mantan Bendahari Agung BAKTI, Yang Mulia Dayang Hjh Azza Yossie binti Hj Abdul Aziz menyampaikan laporan kewangan Tabung BAKTI. Mesyuarat diikuti dengan pengisytiharan Ahli Jawatankuasa Tadbir BAKTI sesi 2021-2023. Mesyuarat diteruskan dengan penyampaian ucapan dari Pengerusi Tetap yang baru, Yang Mulia Megawati binti Dato Paduka Haji Manan. Mesyuarat tersebut diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Yang Mulia Hajah Safinah binti Haji Salim. Mesyuarat AGM yang seterusnya akan diadakan pada tahun 2023.