BERAKAS GARRISON, Thursday, 20 April 2023 – The Royal Brunei Land Force (RBLF) organised a Khatam Al-Quran Ceremony in conjunction with the month of Ramadhan and it was held across respective RBLF camps.

Present as the Guest of Honour at Surau Al-Fa’izun, Berakas Garrison was Brigadier General Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, Commander of the Royal Brunei Land Force (RBLF). Also present were Field Commander RBLF, Chief of Staff RBLF, Senior Officers and RBLF personnel.

The event began with mass Asar prayers and proceeded with the recitation of verses of Al-Quran and Takhtim. The ceremony ended with the presentation of souvenirs to the Khatam participants and Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

The annual event aims to instill and cultivate the culture of Al-Quran reading among officers and personnel of RBLF.

Similar events were also organised simultaneously at Surau Pengiran Ratna Indera, Tutong Camp and Surau Ar-Rahmah, Lumut Camp, attended by Senior officers, officers and personnel from respective camps.

TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ANJURKAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN

BERAKAS GARISON, Khamis, 20 April 2023 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran sempena menyambut bulan Ramadan di beberapa surau Perkhemahan TDDB.

Hadir selaku Tetamu Kehormat di Surau Al-Fa’izun, Berakas Garison ialah Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, Pemerintah TDDB. Turut hadir ialah Pemerintah Medan TDDB, Ketua Staf TDDB, Pegawai-pegawai Kanan, pegawai-pegawai dan anggota TDDB.

Majlis dimulakan dengan menunaikan sembahyang Fardhu Asar berjemaah dan diteruskan dengan bacaan Takhtim.

Seterusnya, penyampaian cenderahati kepada peserta-peserta khatam dan majlis diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

Majlis tahunan yang berkebajikan ini merupakan salah satu aktiviti keagamaan yang dihasratkan mampu menyemai semangat cintakan Al – Quran dan melazimi pembacaannya serta menghayati makna di setiap bacaan khususnya di kalangan pegawai dan anggota TDDB.

Majlis yang sama juga diadakan di Surau Pengiran Ratna Indera, Perkhemahan Tutong dan Surau Ar-Rahmah, Perkhemahan Lumut yang dihadiri oleh Pegawai Kanan, Pegawai dan anggota TDDB mengikut perkhemahan masing-masing.