BERAKAS GARRISON, Sunday, 31 January 2021 – The Royal Brunei Land Force (RBLF) has held the recital of Surah Yaasin and Tahlil ceremony in remembrance of the 100 days since the passing of Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah this evening.
Present as the guest of honour at Surau Al-Fai’zun Berakas Garrison was Colonel Azman bin Haji Bangkol, Deputy Commander of RBLF. Also in attendance were senior officers, officers and other RBLF personnel. The ceremony began with Maghrib prayers, Sunat Hajat Prayers, followed by recital of Surah Yaasin and Tahlil. The ceremony concluded with Isyak prayers. Similiar ceremonies were also held at Surau Pengiran Ratna Indera Tutong Camp, Surau Ar-Rahmah Lumut Camp, Surau Al-Quwwah Bangar Camp and Masjid Pulau Baru-Baru. Present at the event were officers and personnel from respective camps. RBLF’s personnel were also in attendance for the same ceremony at the district’s mosque in Belait, Tutong and Temburong District.




MAJLIS MEMBACA
SURAH
YAASIN DAN TAHLIL BAGI AL-MARHUM DULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA HAJI ‘ABDUL ‘AZIM
BERAKAS GARISON, Ahad, 31 Januari 2021 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yaasin dan Tahlil sempena memperingati 100 hari kemangkatan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah pada petang tadi.
Hadir selaku tetamu kehormat di Surau Al-Fai’zun Berakas Garison ialah Yang Mulia Kolonel Azman bin Haji Bangkol, Timbalan Pemerintah TDDB. Turut hadir di majlis tersebut ialah pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan anggota-anggota TDDB. Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardhu Maghrib, sembahyang Sunat Hajat dan diikuti dengan bacaan Surah Yaasin dan Tahlil. Majlis disudahi dengan sembahyang Fardhu Isyak. Majlis Membaca Yaasin dan Tahlil juga diadakan di Surau Pengiran Ratna Indera Perkhemahan Tutong, Surau Ar-Rahmah Perkhemahan Lumut, Surau Al-Quwwah Perkhemahan Bangar dan Masjid Pulau Baru-Baru. Hadir di majlis tersebut ialah pegawai-pegawai dan anggota-anggota dari setiap perkhemahan yang terlibat. Anggota-anggota TDDB juga telah menghadiri majlis yang sama di masjid-masjid utama Daerah Belait, Tutong dan Temburong.