PENANJONG GARRISON, Thursday, 05th November 2026 – The closing ceremony for the Range Management Course (RMC) 2026 was recently conducted at the Combined Arms Training Centre Parade Square, Royal Brunei Land Forces (CATC RBLF). The course, was held from 03rd September 2026 to 05th November 2026, compromising of 46 participants from various units of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and Prison Department.
The course was attended by 33 participants from RBLF, two participants from Royal Brunei Airforce, five participants from Ministry of Defence, three participants from Training Institute, Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF), one participant from Defence Academy RBAF and two participants from Prison Department.
The event commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah led by Lance Corporal Ahmad Mukarram bin Madeli, personnel from Religious Directorate, RBAF, before proceeding with opening remarks delivered by Captain Mohammad Nur Hafidz Putra bin Manjanai, Head of Department, Small Arms and Support Weapons Training Wing, School of Infantry CATC RBLF. The ceremony then continued with the presentation of certificates and awards of outstanding achievements in practical, theory and best overall student. The ceremony concluded with the closing remarks from the Acting Commandant of CATC RBLF, followed by the recitation of Closing Doa and a group photo session.
The Best Overall Award went to Warrant Officer 2 Haji Asmat bin Haji Awang Besar from Military Police, RBAF and Best Practical Award went to Warrant Officer 2 Rosli bin Haji Damit from Military Police, RBAF. Meanwhile, Best Theory Award went to Staff Sergeant Abdul Rahman bin Haji Bujang from TI RBAF.
The course aims to train officers and senior ranks as proficient Firing Range Officers, emphasising key areas such as administration, supervision, and invigilation across different levels. The training ensures all participants are prepared to oversee firing range activities effectively, maintaining a secure environment during live-firing exercises.











PENUTUP KURSUS PENYELIA DAN PENGAWAS PADANG TEMBAK 2026
PENANJONG GARISON, Khamis, 05 November 2026 – Majlis Penutup Kursus Penyelia dan Pengawas Padang Tembak sesi 2026 telah diadakan bertempat di Padang Kawad, Pusat Latihan Gabungan Tempur, Tentera Darat Diraja Brunei (PULGAT TDDB). Kursus ini dijalankan mulai 03 September 2026 hingga 05 November 2026 melibatkan seramai 46 peserta yang terdiri dari pelbagai unit Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Jabatan Penjara.
Kursus tersebut telah dihadiri oleh 33 anggota daripada TDDB, dua anggota daripada Tentera Udara Diraja Brunei, lima anggota daripada Kementerian Pertahanan, tiga anggota daripada Institut Latihan, ABDB, satu anggota daripada Akademi Pertahanan ABDB dan dua anggota daripada Jabatan Penjara.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Lans Koperal Ahmad Mukarram bin Madeli, anggota Jabatanarah Agama ABDB, sebelum diteruskan dengan ucapan pembukaan daripada Kapten Mohammad Nur Hafidz Putra bin Manjanai, Ketua Cawangan, Cawangan Latihan Senjata Ringan dan Bantuan, Sekolah Infantri, PULGAT TDDB. Majlis kemudian diteruskan dengan penyampaian sijil dan anugerah-anugerah cemerlang dalam aspek praktikal, teori dan pelajar terbaik keseluruhan, sebelum diakhiri dengan ucapan penutup dari Pemangku Komandan PULGAT TDDB, diikuti dengan bacaan Doa Penutup dan sesi bergambar ramai.
Anugerah Penuntut Terbaik Keseluruhan disandang oleh Pegawai Waran 2 Haji Asmat bin Haji Awang Besar dari Polis Tentera ABDB dan Anugerah Penuntut Terbaik Amali pula disandang oleh Pegawai Waran 2 Rosli bin Haji Damit dari Polis Tentera, ABDB. Selain itu, Anugerah Penuntut Terbaik Teori disandang oleh Staf Sarjan Abdul Rahman bin Haji Bujang dari IL ABDB.
Kursus ini bertujuan untuk melatih dan mendedahkan Pegawai-pegawai dan Pegawai Tidak Bertauliah Kanan sebagai Pegawai Tapak Tembak yang mahir, dengan menekankan aspek penting seperti pentadbiran, pengawasan, dan pengawalan pada pelbagai peringkat. Kursus ini memastikan semua peserta bersedia untuk mengawasi aktiviti padang tembak secara efektif, mengekalkan persekitaran yang selamat semasa menjalankan latihan menembak.