BOLKIAH GARRISON, Friday, 16 August, 2024The Closing Ceremony for the Intermediate Medical Assistant A2 course session 2024 was held at the Ibnu Sina Lecture Hall, Medical and Health Services Headquarters, Bolkiah Garrison. A total of 14 participants completed the 11 weeks course from 6th June 2024 to 19th August 2024, consisting of personnel from the Medical and Health Services Royal Brunei Land Force (RBLF), Performance Optimisation Center (POC) and the Special Force Regiment (SFR).

Present to officiate the event was Lieutenant Colonel (Dr) Norasiah binti Haji Ahmad, Senior Medical Officer at the Medical and Health Services, RBLF and were also attended by Medical Officers, invited officers and personnel from the RBLF Medical and Health Services, POC and SFR. The Best Overall Student Award was given to Lance Corporal Md Hisyam bin Ahmad from Medical Reception Station (MRS) Bolkiah Garrison, Best Theory Award to Lance Corporal Ayu Nurfazzirra binti Abd Rahman from MRS Berakas Garrison, while and the Best Practical Award to Lance Corporal Abdul Azim @ Abid bin Hj Md Afandi from MRS Rimba Air Force Base.

The Intermediate Medical Assistant A2 course is one of the mandatory courses for Medical and Health Services personnel, aimed to provide advanced training and medical skill. The course participants also had the opportunity to gain experience and strengthen their working relationships through a two-week clinical attachment at the Emergency Medical Ambulance Services (EMAS), Ministry of Health.

MAJLIS PENUTUP BAGI KURSUS PENINGKATAN PEMBANTU PERUBATAN A2 TAHUN 2024

BOLKIAH GARISON, Jumaat, 16 Ogos 2024 – Majlis Penutup Kursus Peningkatan Pembantu Perubatan A2 bagi tahun 2024 telah diadakan di Dewan Kuliah Ibnu Sina, Markas Khidmat Perubatan dan Kesihatan, Bolkiah Garison. Seramai 14 anggota telah menamatkan kursus tersebut selama 11 minggu bermula pada 6 Jun 2024 hingga 19 Ogos 2024 yang terdiri daripada anggota dari Khidmat Perubatan dan Kesihatan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Pusat Optima Kecergasan Tentera (POKT) dan Rejimen Pasukan Khas (RPK).

Hadir bagi menyempurnakan majlis ialah Leftenan Kolonel (Dr) Norasiah binti Haji Ahmad, Pegawai Perubatan Kanan di Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB dan turut dihadiri oleh Pegawai-pegwai Perubatan, pegawai dan anggota jemputan dari Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB, POKT dan RPK. Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan telah dianugerahkan kepada Lans Koperal Md Hisyam bin Ahmad dari Stesen Resepsi Perubatan Bolkiah Garison, Anugerah Teori Terbaik kepada Lans Koperal Ayu Nurfazzirra binti Abd Rahman daripada Stesen Resepsi Perubatan Berakas Garison, manakala Anugerah Praktikal Terbaik kepada Lans Koperal Abdul Azim@Abid bin Hj Md Afandi dari Stesen Resepsi Perubatan Pangkalan Tentera Udara Rimba.​

Kursus Peningkatan Pembantu Perubatan A2 adalah salah satu kursus mandatori anggota Khidmat Perubatan dan Kesihatan, TDDB yang bertujuan untuk memberikan latihan lanjutan dan kemahiran perubatan. Para peserta kursus juga berpeluang menimba pengalaman dan mengeratkan hubungan kerja melalui penempatan klinikal selama dua minggu di Perkhidmatan Kecemasan Ambulans Perubatan, Kementerian Kesihatan.