TUTONG CAMP, Thursday, 07th March 2024 – Brigadier General Haji Mohammad Shahnonnizam bin Sulaiman, Commander of the Royal Brunei Land Force (RBLF) had a meet and greet session with course participants of the Basic Infantry Course Series 3/2023 today at the Second Battalion RBLF Cookhouse, Tutong Camp. A total of 179 course participants from Intake 172 are currently attending the course which commenced from 25th December 2023 to 15th March 2024.
Upon arrival, the Commander of RBLF was welcomed by Major Faizal Azly bin Haji Rosli, Commanding Officer School of Infantry (SOI) RBLF. Also present were officers and personnel of RBLF, as well as course instructors.
The session commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah led by Lance Corporal Muhd Hifzhan Syazwi bin Hermanti from First Battalion. It then continued with recitation of RBLF Pledge led by one of the course participants, Private Mohd Iekkal @ Mohd Iqbal bin Omar Ali. During the session, the Commander of RBLF delivered words of advice emphasising the significance of the course, advising all personnel to be physically and mentally prepared to fulfil their duties based on the Royal Brunei Armed Forces core values of Setia, Taqwa, Berani and Professional. At the end of his speech, he emphasised the importance of RBLF philosophy of Satria, Setia and Sedia in performing daily tasks as well as highlighted the importance of maintaining the operational security, including personnel and media security monitoring.
The course is designed as a comprehensive training program covering various aspects of being an infantryman in RBLF, focusing on key areas including clarifying duties, roles, and responsibilities, adapting to battalion life, enhancing basic soldiering skills, and developing character and professionalism.


SESI PERJUMPAAN ANGGOTA KURSUS ASAS INFANTRI SIRI 3/2023 BERSAMA PEMERINTAH TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI
PERKHEMAHAN TUTONG, Khamis, 07 Mac 2024 – Brigedier Jeneral Haji Mohammad Shahnonnizam bin Sulaiman, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah hadir bagi sesi perjumpaan bersama Peserta Kursus Asas Infantri Siri 3/2023 pada hari ini bertempat di Dewan Masak, Batalion Kedua TDDB, Perkhemahan Tutong. Kursus ini dihadiri seramai 179 anggota daripada Rekrut Lelaki TDDB Pengambilan ke-172 yang berlangsung dari 25 Disember 2023 hingga 15 Mac 2024.
Ketibaan Pemerintah TDDB disambut oleh Mejar Faizal Azly bin Haji Rosli, Pegawai Pemerintah Sekolah Infantri TDDB. Turut hadir di sesi perjumpaan tersebut pegawai-pegawai dan anggota-anggota TDDB serta jurulatih-jurulatih kursus.
Sesi dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Las Kopral Muhd Hifzhan Syazwi bin Hermanti daripada Batalion Pertama TDDB, diikuti dengan bacaan Ikrar TDDB yang diketuai oleh Soldadu Mohd Iekkal @ Mohd Iqbal bin Omar Ali. Sesi diteruskan dengan Pemerintah TDDB menyampaikan kata-kata nasihat yang mana menyentuh mengenai disiplin dan nilai-nilai teras Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang perlu ditanam serta dipraktikkan di sepanjang perkhidmatan sebagai seorang tentera. Di samping itu juga, Pemerintah TDDB juga menekankan kepentingan peranan asas TDDB iaitu Satria, Setia dan Sedia kepada semua anggota semasa menjalankan tugas yang diamanahkan. Di akhir ucapan, beliau mengingatkan akan kepentingan menjaga operasi sekuriti, termasuk pemantauan sekuriti anggota dan media.
Kursus ini merupakan program latihan komprehensif yang merangkumi pelbagai aspek selaku anggota infantry dalam TDDB seperti penerangan lanjut akan tugas, peranan dan tanggungjawab, dan penyesuaian diri sebagai anggota tentera batalion dan meningkatkan kemahiran asas tentera serta profesionalisme anggota.