
BOLKIAH GARRISON, Thursday, 24 March 2022 – The closing ceremony of the Combat Medic Course (CMC) 2022 session and Medical Assistant Trainee Induction Program (MATIP) 2021 session was held at Ibnu Sina Lecture Hall, Medical and Health Services, Bolkiah Garrison.
Present as the guest of honour was Colonel (Dr) Haji Awang Mohd Hafizul bin Haji Awang Mohd Hassan, Chief Medical Officer, Medical and Health Services, Royal Brunei Land Force (RBLF). Also present were Medical Officers, course instructors, Senior and Junior Non-Commissioned officers of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF).
The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah followed by the presentation of certificates and Combat Medic badges by the guest of honour to the participants of the CMC and MATIP, including awards for Best Student in 3 categories for the CMC. The Overall Best Student award was awarded to Private Amierul Eizlan bin Azmi from the Medical and Health Services, RBLF. Meanwhile, Private Adib Solehin bin Sidop from Medical and Health Services, RBLF, achieved the Best Student Award in Theory while the award for Best Student in Practical was awarded to Private Muhammad Hazim bin Sulaiman from the Medical and Health Services, RBLF. The event proceeded with the presentation of souvenirs to the guest of honour and concluded with a photo session.
The CMC 2022 session was a 9-week course which comprised of 36 RBAF personnel from the RBLF, Royal Brunei Air Force (RBAirF), Royal Brunei Navy (RBN), units within the Ministry of Defence and the Special Forces Regiment. During this course, participants learned the clinical skills and knowledge required to support military exercises and operations such as Basic Life Support (BLS), Basic Casualty Assessment (BCA), Triaging of patients and Clinical knowledge. Course participants have also undergone training on Casualty Evacuation (CASEVAC) and Tactical Combat Casualty Care (TCCC) where they overcome various challenges while being tested on their skills and knowledge as well as physical and mental endurance as a Combat Medic in various situations such as in the battlefield or military operations.
The MATIP Course was a 9-month course where participants were placed in clinical attachments at MRS clinics within the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) as well as at units outside of RBAF, namely EMAS (Emergency Medical Ambulance Services) and the Accident & Emergency Department of RIPAS Hospital. In this course, participants are tested on more advanced clinical skills and deeper medical knowledge.


MAJLIS PENUTUP KURSUS KOMBAT MEDIK SESI 2022 DAN MEDICAL ASSISTANT TRAINEE INDUCTION PROGRAMME (MATIP) SESI 2021
BOLKIAH GARISON, Khamis, 24 Mac 2022 – Majlis Penutup Kursus Kombat Medik Sesi 2022 dan Medical Assistant Trainee Induction Programme (MATIP) Sesi 2021 telah diadakan di Dewan Kuliah Ibnu Sina, Pusat Kesihatan Bolkiah Garison.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Kolonel (Dr) Haji Awang Mohd Hafizul bin Haji Awang Mohd Hassan, Ketua Pegawai Perubatan, Khidmat Perubatan dan Kesihatan, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB). Turut hadir ialah Pegawai-pegawai Perubatan, jurulatih-jurulatih kursus, PTB-PTB Kanan dan PTB Rendah, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan penyampaian sijil dan lencana Kombat Medik kepada peserta-peserta Kursus Kombat Medik dan MATIP serta penyampaian sijil-sijil bagi tiga kategori penuntut cemerlang bagi Kursus Kombat Medik. Penuntut Terbaik Keseluruhan dianugerahkan kepada Soldadu Amierul Eizlan bin Azmi dari unit Khidmat Perubatan dan Kesihatan,TDDB. Soldadu Adib Solehin bin Sidop dari Khidmat Perubatan dan Kesihatan, TDDB pula meraih Penuntut Cemerlang dalam Bahagian Teori manakala Penuntut Cemerlang dalam Bahagian Praktikal diraih oleh Soldadu Muhammad Hazim bin Sulaiman dari unit Khidmat Perubatan dan Kesihatan, TDDB. Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada tetamu kehormat dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.
Kursus Kombat Medik sesi 2022 adalah kursus selama 9 minggu yang terdiri daripada 36 anggota ABDB daripada TDDB, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), unit-unit dalam Kementerian Pertahanan dan Rejimen Pasukan Khas. Dalam kursus ini, penuntut-penuntut mempelajari kemahiran dan tatacara klinikal perubatan yang diperlukan semasa operasi ketenteraan seperti Bantuan Asas Hayat, Pemeriksaan Asas Pesakit, Triage, kemahiran dan pengetahuan klinikal. Mereka juga melalui pelbagai cabaran dalam pembelajaran Casualty Evacuation (CASEVAC) dan Tactical Combat Casualty Care (TCCC) di mana kemahiran dan ilmu pengetahuan perubatan serta ketahanan fizikal dan mental mereka sebagai kombat medik diuji dalam pelbagai situasi seperti di medan perang atau operasi tentera.
Kursus MATIP merupakan kursus selama 9 bulan di mana peserta membuat penempatan klinikal di klinik-klinik Khidmat Perubatan dan Kesihatan serta di unit luar ABDB iaitu EMAS (Emergency Medical Ambulance Services) dan Jabatan Kecemasan & Trauma, Hospital RIPAS. Mereka juga telah diuji dengan kemahiran-kemahiran klinikal dan pengetahuan perubatan secara lebih mendalam.