BRISBANE, Friday, 27th September 2024 – Lieutenant Colonel (Dr.) Ummi Suzeyanna binti Haji Johari, the Chief Medical Services Royal Brunei Land Force together with three officers from the Performance Optimisation Centre, Ministry of Defence had attended the 45th International Committee of Military Medicine (ICMM) World Congress on Military Medicine, hosted by the Australian Defence Force from 22nd to 27th September 2024 in Brisbane, Australia.
The congress opening ceremony was officiated by Her Excellency the Honourable Dr Jeannette Young, the Governor of Queensland with a theme “Military Medicine Shaping Global Health”. This year’s congress was participated by 1,400 attendees from 73 countries and the activities included presentations on various topics relating to military medicine and health, poster presentations, exhibitions on medical equipment and a General Assembly of the ICMM Head of Delegations.
The ICMM World Congress, held biennially, brings together military medical officers and health experts worldwide to enhance mutual exchange of future orientations, current scientific knowledge and past experiences among military medical services and to foster cooperation between military medicine and international health organisations. The 46th ICMM World Congress will be held in Abu Dhabi, United Arab Emirates in 2026.

INTERNATIONAL COMMITTEE OF MILITARY MEDICINE WORLD CONGRESS ON MILITARY MEDICINE KE 45
BRISBANE, Jumaat, 27 September 2024 – Leftenan Kolonel (Dr.) Ummi Suzeyanna binti Haji Johari, Ketua Khidmat Perubatan dan Kesihatan bersama dengan tiga Pegawai dari Pusat Optima Kecergasan Tentera, Kementerian Pertahanan telah menghadiri International Committee of Military Medicine (ICMM) World Congress on Military Medicine yang ke-45, dikendalikan oleh Australian Defence Force yang berlangsung dari 22 hingga 27 September 2024 di Brisbane, Australia.
Pembukaan Rasmi kongres telah dirasmikan oleh Her Excellency the Honourable Dr Jeannette Young, Governor Queensland dengan bertemakan “Perubatan Tentera Membentuk Kesihatan Sedunia”. Kongres pada tahun ini telah dihadiri oleh lebih dari 1,400 peserta dari 73 buah negara dan di antara aktiviti yang dilaksanakan termasuk pembentangan berkenaan dengan perubatan tentera dan kesihatan, pameran peralatan-peralatan perubatan dan perhimpunan agung di antara Ketua-Ketua Delegasi ICMM.
ICMM World Congress yang diadakan setiap dua tahun sekali, menghimpunkan pegawai perubatan tentera dan pakar kesihatan dari seluruh dunia untuk berkongsi hala tuju masa depan, pengurusan saintifik terkini dan pengalaman lepas dikalangan khidmat perubatan tentera serta menggalakan kerjasama di antara perubatan tentera dan organisasi kesihatan antarabangsa. ICMM World Congress yang ke-46 akan diadakan di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu pada tahun 2026.