BANDAR SERI BEGAWAN, Wednesday, 26 June 2024 – The 11th ASEAN Chiefs of Military Medicine Conference (ACMMC) has officially concluded with a closing dinner held at the Rizqun International Hotel, Gadong. Present to grace the event was Brigadier General Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Commander of the Royal Brunei Land Force (RBLF).
The dinner commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah followed by closing remarks by the Commander RBLF. In his speech, he stated how climate change is seen as a threat to global health that can affect military operations. He also emphasised the significant role of military medicine in mitigating this impact such as in responding to heat-related injuries. He then further highlighted the importance of ASEAN countries to further enhance cooperation in bridging gaps in knowledge and sharing best practices to be more resilient together through platforms such as the ACMMC.
The event then proceeded with prize presentations to the best Young ASEAN Military Medicine Officer (YAMMO) in the Scientific Programme presentation. The first place was won by Captain Ryan I Daet MC from the Republic of the Philippines, while the second and third place went to Captain Dr Gan Ming Yi from the Republic of Singapore and Captain Dr Naqibah binti Dato Paduka Ahmad Bukhari from Brunei Darussalam respectively.
The 11th ACMMC convened from the 24 to 26 June 2024, which includes programmes such as meetings, presentations and discussions of issues related to military medicine, cultural visits and the YAMMO Scientific Programme as one of the main highlights. The programme provides an opportunity for young officers to share experiences and research on the impact of climate change towards operational military readiness. The Republic of Indonesia will host the next ACMMC in 2025.



MAJLIS MAKAN MALAM BAGI PENUTUP ASEAN CHIEFS OF MILITARY MEDICINE CONFERENCE (ACMMC) KE-11
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 26 Jun 2024 – Persidangan Ketua Perubatan Tentera ASEAN ke-11 (11th ASEAN Chiefs of Military Medicine Conference – ACMMC) telah ditutup secara rasminya dengan Majlis Makan Malam yang diadakan di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong. Turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut ialah Brigedier Jeneral Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB).
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan ucapan penutup oleh Pemerintah TDDB. Dalam ucapannya, beliau menyatakan yang mana perubahan iklim dilihat sebagai ancaman kepada kesihatan global yang boleh menjejaskan operasi tentera. Beliau juga menekankan peranan penting perubatan tentera dalam mengurangkan kesan ancaman ini seperti tindak balas terhadap kecederaan yang berkaitan dengan haba. Beliau seterusnya menyatakan kepentingan negara-negara ASEAN untuk meningkatkan lagi kerjasama dengan merapatkan jurang dalam pengetahuan dan berkongsi amalan terbaik untuk lebih berdaya tahan bersama melalui platform seperti ACMMC.
Acara kemudiannya diteruskan dengan penyampaian hadiah oleh Tetamu Kehormat kepada Pegawai Muda Perubatan Tentera ASEAN (Young ASEAN Military Medicine Officer, YAMMO) terbaik dalam pembentangan Program Saintifik. Tempat pertama dimenangi oleh Kapten Ryan I Daet MC dari Republik Filipina, manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing disandang oleh Kapten (Dr) Gan Ming Yi dari Republik Singapura dan Kapten (Dr) Naqibah binti Dato Paduka Ahmad Bukhari dari Negara Brunei Darussalam.
ACMMC ke-11 telah bersidang dari 24 hingga 26 Jun 2024, yang merangkumi program seperti mesyuarat, pembentangan dan perbincangan isu-isu berkaitan perubatan tentera, lawatan kebudayaan dan Program Saintifik YAMMO sebagai salah satu acara utama. Program tersebut memberikan peluang di kalangan pegawai muda untuk berkongsi pengalaman dan penyelidikan mengenai kesan perubahan iklim terhadap kesiapsiagaan operasi tentera. Republik Indonesia akan menjadi tuan rumah bagi ACMMC seterusnya pada tahun 2025.