BERAKAS GARRISON, Friday, 29 March 2019 – The Land Engineering, Combat Service Support, Royal Brunei Land Force held a thanksgiving prayer in conjunction with the 39th anniversary of Land Engineering at Surau Al-Faizun, Berakas Garrison.

Present as the guest of honour at the event was Colonel (Rtd) Pengiran Dato Paduka Hj Azmansham bin Pengiran Hj Mohammad. Also present was Colonel (Rtd) Pengiran Hj Maidin bin Hj Said, Lieutenant Colonel (R) Haslen bin Hj Hassan, former Land Engineering personnel and other Land Engineering personnel.

The ceremony commenced the Asar prayer and the recital of Surah Yaasin and Tahlil by the Imam of Surau Al-Faizun. The ceremony concluded with refreshments, the presentation of souvenirs to the former officers and personnel of Land Engineering to show appreciation and the recital of doa.


MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA HARI ULANG TAHUN KEJURUTERAAN DARAT KHIDMAT BANTUAN KOMBAT TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI KE 39 TAHUN

BERAKAS GARISON, Jumaat, 29 Mac 2019 – Majlis Doa Kesyukuran bersempena Hari Ulang Tahun Kejuruteraan Darat, Khidmat Bantuan Kombat, Tentera Darat Diraja Brunei ke 39 Tahun telah diadakan di Surau Al-Faizun, Berakas Garison.

Hadir selaku jemputan-jemputan khas adalah terdiri daripada Pegawai-Pegawai Kejuruteraan Darat yang telah bersara dan yang masih berkhidmat. Antara yang hadir adalah Yang Mulia Kolonel (B) Pengiran Dato Paduka Hj Azmansham bin Pengiran Hj Mohammad. Juga hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Kolonel (B) Pengiran Hj Maidin Bin Pengiran Hj Said dan Yang Mulia Leftenan  Kolonel (B) Haslen bin Hj Hassan. Turut hadir adalah mantan-mantan ahli Kejuruteraan Darat, ahli-ahli Kejuruteraan Darat serta kakitangan awam.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yaasin oleh Imam Surau Al-Faizun, Berakas Garison dan diteruskan dengan membaca Tahlil dan Doa Kesyukuran dan Solat Fardhu Asar Berjemaah. Majlis diselajurkan dengan bergambar ramai dan penyampaian cenderahati kepada mantan-mantan Pegawai dan mantan ahli Kejuruteraan Darat.