
BERAKAS GARRISON, Tuesday, 22 February 2022 – Royal Brunei Land Force (RBLF) held Thanksgiving Ceremony in conjunction with the 38th National Day Celebration today at all suraus within RBLF camps as well as via video teleconference (vtc). The ceremony was conducted in accordance with the Ministry of Health’s COVID-19 pandemic guidelines.
Present at the ceremony held at Surau Al-Fa’izun, Berakas Garrison was Colonel Azman bin Haji Bangkol, the Deputy Commander of RBLF. Also present were Senior officers, officers and personnel of RBLF. Similar ceremonies were also held simultaneously at RBLF camps attended by respective officers and personnel.
The ceremony commenced with the recital of Surah An-Nahl verses 90 to 95 read by Private Muhd Hazim bin Sulaiman, followed by mass Maghrib prayers, Sunat Hajat prayers and the recital of Surah Yaasin. The event concluded with Doa Khas and mass Isya’ prayers


MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN
HARI KEBANGSAAN KE 38
BERAKAS GARISON, Isnin, 22 Februari 2021 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan ke 38 pada hari ini bertempat di semua surau perkhemahan TDDB dan secara maya. Majlis tersebut telah dilaksanakan mengikut garis panduan COVID-19 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.
Hadir bagi majlis yang diadakan di Surau Al-Fa’izun, Berakas Garison ialah Kolonel Azman bin Haji Bangkol, Timbalan Pemerintah TDDB. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota-anggota TDDB. Majlis yang sama juga turut diadakan secara serentak di perkhemahan-perkhemahan TDDB yang dihadiri oleh Pegawai-pegawai dan anggota-anggota di setiap perkhemahan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah An-Nahl ayat 90 hingga 95 yang dibacakan oleh Soldadu Muhd Hazim bin Sulaiman diikuti dengan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah, sembahyang Sunat Hajat dan bacaan Surah Yaasin. Majlis kemudian diakhiri dengan bacaan Doa Khas dan sembahyang Fardhu Isya’ berjemaah.