Sabtu 10 Februari 2018 – Batalion Pertama, Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) telah memberikan bantuan bencana alam di Daerah Temburong. Hujan lebat telah menyebabkan banjir kilat melanda di beberapa kawasan kediaman, persekolahan dan menjejaskan sebahagian jalan raya.
Seramai 32 anggota dari Kompeni E, Perkhemahan Bangar, telah dikerahkan untuk memberi bantuan ke dua sekolah iaitu Sekolah Persediaan Arab, Pekan Bangar dan Sekolah Ugama, Kg Bokok. Bantuan yang diberikan adalah berbentuk bantuan pembersihan bangunan-bangunan dan kawasan persekolahan yang terjejas akibat banjir yang dihadapi.
Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) akan terus berkerjasama dengan Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) dan agensi-agensi di bawahnya dalam memberikan bantuan kepada orang awam yang terjejas.


