BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis 22 Mac 2018 - Pasukan Askar Wanita Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menjuarai perlawanan Perlawanan Merintis Wanita Tahunan peringkat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), diikuti oleh Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) di tempat kedua dan Institut Latihan (IL ABDB) di tempat ketiga. Perlawanan merintis tahun ini bagi ABDB telah diadakan bertempat di Kompleks Sukan Jerudong.
Perlawanan Merintis tersebut merupakan perlawanan tahunan yang bertujuan untuk menguji anggota ABDB dalam mencari check point pada masa yang ditetapkan dengan menggunakan kemahiran membaca peta. Ianya juga bertujuan untuk menguji stamina, fizikal dan mental anggota ABDB.
Hadir menyaksikan Selaku Tetamu Kehormat pertandingan ini ialah Yang Mulia Leftenan Colonel Norsuriati binti Haji Sarbini. Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan dan anggota-anggota ABDB.
Bagi kategori individu, Kategori 40 tahun ke atas dimenangi oleh Yang Mulia Komander Surianawati binti Haji Abdul Samad, TLDB. Sementara Yang Mulia Mejar Dk Sri Rohayou binti Pg Matarsat memenangi bagi kategori 35 ke 39 tahun; Yang Mulia Leftenan Dya Nurul Hairani binti Abd Hamid, TLDB bagi Kategori 30 ke 34 tahun dan Yang Mulia Kopral (U) Norhafilah binti Hj Bagol (TUDB) bagi Kategori 29 tahun kebawah.
Keputusan dari hasil perlawanan tersebut adalah seperti berikut:
Tempat Pertama: Tentera Darat Diraja Brunei, TDDB (1270 mata)
Tempat Kedua: Tentera Udara Diraja Brunei, TUDB (1245 mata)
Tempat Ketiga: Institut Latihan ABDB, IL ABDB (1240 mata)
Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Tetamu Kehormat Majlis dan perlawanan tersebut diakhiri dengan sesi bergambar ramai.


