PENANJONG GARISON, Khamis, 27 September 2018 – Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei (Bn Bantu TDDB) telah mengadakan Taklimat Perundangan bagi anggota-anggota Bn Bantu TDDB di Bilik Kuliah SJT Bangunan KBRL.
Tujuan taklimat tersebut adalah untuk menerangkan dengan ringkas kesalahan-kesalahan tentera di bawah Akta 149 ABDB kepada anggota-anggota Bn Bantu TDDB. Di antara isi taklimat tersebut, ianya menggariskan tentang anggota yang tertakluk di bawah undang-undang tentera dan kesalahan-kesalahan tentera di bawah Akta 149 ABDB seperti gagal untuk hadir bertugas atau pengabaian tugas, pencurian, berkelakuan engkar, berkeadaan mabuk, bergaduh dan lain-lain.
Taklimat diteruskan lagi dengan sesi soal jawab dan diakhiri dengan bacaan doa penutup. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Yang Mulia Kapten Adibah bte Mohamed dan Yang Mulia Pegawai Waran Dua Norhamidi bin Awg Mohammad Noor. Hadir di taklimat tersebut ialah Pegawai-Pegawai, PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah Bn Bantu TDDB.