PERKHEMAHAN LUMUT, Rabu 14 Februari 2018 – Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) telah mengadakan Taklimat Penerapan Disiplin bagi anggota – anggota 3Bn TDDB. Taklimat Tersebut telah di sampaikan oleh PW1 Selamat bin Hj Yassin, Sarjan Mejar Rejimen (SMR) dan PW2 Khairul Amir bin Khamis, Sarjan Mejar Kawad, 3Bn TDDB kepada warga 3Bn TDDB yang telah berlangsung di Auditorium, Platun Serunai dan Tambur.
Adapun tujuan taklimat tersebut disampaikan adalah bagi kepentingan dalam menerapkan disiplin dan menjaga imej sesebuah unit khususnya dan imej ABDB secara amnya. Ianya juga bagi memenuhi tahap kredibiliti ABDB yang mana bukan sahaja mempertahankan negara tetapi juga adalah sebagai ‘Role Model’ kepada masyarakat sekeliling.
Didalam penyampaian taklimat juga ada membentangkan mengenai jenis-jenis disiplin yang terbahagi kepada 3 bahagian iaitu disiplin yang ditetapkan (imposed disicipline), diri sendiri (self discipline), berkumpulan (collective discipline). Pembentangan mengenai Nilai-Nilai Teras ABDB juga tidak terkecuali di dalam taklimat tersebut.
Taklimat diteruskan lagi dengan sesi soal jawab dan diakhiri dengan bacaan Surah Al-Asr bagi memberkati lagi acara.