PERKHEMAHAN LUMUT, Rabu 25 April 2018 – Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) telah mengadakan Taklimat Pendidikan Pencegahan Dadah bagi anggota – anggota 3Bn TDDB. Taklimat tersebut telah di sampaikan oleh Haji Hassan bin Abd Halim, Pegawai Narkotik, Biro Kawalan Narkotik Cawangan Daerah Belait, kepada warga 3Bn TDDB yang telah berlangsung di Auditorium, Platun Serunai dan Tambur. Kehadiran Taklimat Pendidikan Pencegahan Dadah adalah seramai 130 anggota.Adapun tujuan taklimat tersebut disampaikan adalah untuk memberikan pendedahan kepada anggota-anggota 3Bn TDDB akan fungsi dan peranan Biro Kawalan Narkotik dalam proses membanteras dadah di Negara Brunei Darussalam. Di akhir Taklimat tersebut, banyak pengajaran dan pengetahuan yang diterima oleh anggota-anggota 3Bn TDDB sekaligus dapat menyedarkan betapa bahayanya dadah dikalangan masyarakat khususnya bagi pihak ABDB.
Taklimat diteruskan lagi dengan sesi soal jawab dan diakhiri dengan bacaan Surah Al-Asr bagi memberkati lagi acara.

