BERAKAS GARISSON, Wednesday, 03 February 2021 – Sword Presentation Ceremony for the RBLF’s newly commissioned officers from Intake 19 was held at the Officers’ Mess Berakas Garisson. Present as the Guest of Honour was Brigadier General Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of RBLF. Also present at the ceremony were Deputy Commander and Senior Officers of the RBLF.
The ceremony commenced with the recital of Surah Al-Fatihah led by Captain Mohammad Farid Bin Mohd Raffi, the Religious Officer from Religious Department of Royal Brunei Armed Forces (JAMA’AT). The Guest of Honour was then invited to present the sword to the 33 newly commissioned officers consisting of 28 male and 5 female officers.
The inaugural Sword Presentation Ceremony is to honour the newly commissioned officers as well as to lift their spirit upon joining RBLF. The Commander of RBLF took the opportunity to congratulate the newly commissioned officers and impulses them to fulfil their duties with faith and trust. The ceremony was concluded with officers’ interaction over afternoon tea.


MAJLIS PENYERAHAN PEDANG BAGI PEGAWAI-PEGAWAI TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI YANG BARU DITAULIAHKAN DARI PENGAMBILAN KE 19
Berakas Garison, Rabu, 03 Februari 2021– Majlis Penyerahan Pedang bagi Pegawai-Pegawai TDDB yang baru ditauliahkan dari Pengambilan ke 19 telah diadakan di Mes Pegawai Berakas Garison. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah TDDB. Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Pemerintah dan Pegawai-pegawai Kanan TDDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Kapten Mohammad Farid Bin Mohd Raffi, Pegawai Agama dari Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA’AT). Tetamu Kehormat seterusnya dijemput untuk menyerahkan pedang kepada 33 pegawai-pegawai yang baru ditauliahkan yang terdiri daripada 28 pegawai lelaki dan 5 pegawai wanita.
Majlis Penyerahan Pedang julung kalinya ini adalah untuk memberi penghormatan kepada pegawai-pegawai yang baru ditauliahkan dan juga untuk meningkatkan semangat juang mereka setelah menyertai TDDB. Yang Mulia Pemerintah TDDB juga mengambil peluang mengucapkan tahniah kepada pegawai-pegawai yang baru ditauliahkan dan mendorong mereka supaya melaksanakan tugas dengan penuh keimanan dan amanah. Acara diakhiri dengan jamuan petang dan sesi interaksi pegawai-pegawai.