PENANJONG GARRISON, Tuesday 04 December 2018 – Support Battalion Royal Brunei Land Force (Sp Bn RBLF) held a Regiment Sergeant Major’s parade that took place at the Parade Square, Support Battalion Royal Brunei Land Force.

Present as the guest of honour was Warrant Officer 1 (T) Sahrol bin Haji Omar. Also present to witness the ceremony were other ranks and other members of Sp Bn RBLF.

The parade commenced with a parade inspection and continued with a march pass and concluded with a speech by the guest of honour.

The parade is part of Support Battalion’s yearly activity which serve to improve discipline and practice marching drills for Sp Bn personnel. It is also to ensure that Sp Bn personnel’s Ceremonial dress are immaculate and ready to be worn at any times when needed.

UPACARA PERBARISAN SARJAN MEJAR REGIMEN BATALION BANTU TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

PENANJONG GARISON, Selasa 04 Disember 2018 – Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei (Bn Bantu TDDB) telah mengadakan upacara Perbarisan Sarjan Mejar Rejimen Bn Bantu TDDB yang berlangsung di Padang Kawad Bn Bantu TDDB, Penanjong Garison.

Tetamu Kehormat bagi majlis ini adalah Yang Mulia Pegawai Waran 1 (T) Sahrol bin Haji Omar. Turut serta hadir pada majlis tersebut adalah PTB-PTB Kanan serta ahli-ahli Bn Bantu TDDB.

Upacara perbarisan Sarjan Mejar Rejimen Bn Bantu TDDB dimulakan dengan Pemeriksaan Barisan oleh Tetamu Kehormat dan diteruskan dengan perbarisan berjalan lalu (Perlahan dan Cepat), Mara Kehadapan untuk Diperhati Semula dan diakhiri dengan ucapan Sarjan Mejar Rejiman Bn Bantu TDDB.

Tujuan upacara tersebut diadakan bukan sahaja sebagai salah satu aktiviti tahunan Batalion , ianya juga bagi meningkatkan mutu, disiplin dan tatertib berkawad bagi anggota Bn Bantu TDDB. Dimana tujuan lainnya ialah bagi membuat pemeriksaan ke atas pakaian anggota Bn Bantu TDDB bagi memastikan semua anggota mempunyai pakaian istiadat yang kemas dan sedia untuk digunakan pada bila-bila masa diperlukan.