TUTONG, Friday, 23 December 2022 – A Royal Brunei Land Force (RBLF) personnel, Private Simaun bin Sima from the Chemical, Biological, Radiological and Explosive Defence Unit, Support Battalion, RBLF, and his sister, Nurlaila Sari binti Sima recited their Islamic Oath today at their own residence in Kampong Biong, Tutong.
Present at the ceremony as the Guest of Honour was Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF). Also present were the Commander of RBLF, Brigadier General Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, Deputy Commander of RBLF, Acting Director of the Islamic Da’wah Centre, senior officers, officers and personnel from the RBAF and families.
The ceremony began with the recitation of Surah Al-Mu’minun verses 1 to 11 recited by Private Awangku Haji Muhammad Khairuddin bin Pengiran Haji Suhaili, Support Battalion RBLF personnel. It continued with the recital of the Islamic Oath by Private Simaun bin Sima which was lead by an officer from Islamic Da’wah Centre. The Dikir Marhaban, the sprinkling of bunga rampai and a gift presentation were completed by the Guest of Honour and other invited guests. The ceremony then concluded with the recital of Doa Selamat by Major Abdul Mujib bin Haji Japar, officer from the RBAF Religious Directorate (JAMA’AT).
Private Simaun bin Sima and his sister decided to retain their original name as their Islamic name. With such ceremony, it was hope to help in spreading the Islamic preaching among RBAF personnel.

MAJLIS PENGISLAMAN SOLDADU SIMAUN BIN SIMA
ANGGOTA BATALION BANTU TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI
TUTONG, Juma’at, 23 Disember 2022 – Seorang anggota daripada Unit Pertahanan Kimia, Biologi, Radiologi dan Letupan, Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei (KBRL Bn Bantu TDDB), Soldadu Simaun bin Sima dan adik beliau, Nurlaila Sari binti Sima telah melafazkan dua kalimah syahadah dan ikrar pengakuan pengislamannya hari ini bertempat di rumah kediaman mereka Kampong Biong, Tutong.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Turut hadir di majlis tersebut ialah Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, Pemerintah TDDB, Timbalan Pemerintah TDDB, Pemangku Pengarah Pusat Da’wah Islamiah, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai, anggota-anggota ABDB dan keluarga terlibat.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Mu’minun ayat 1 hingga 11 yang dibacakan oleh Soldadu Awangku Haji Muhammad Khairuddin bin Pengiran Haji Suhaili, anggota KBRL Bn Bantu TDDB dan diteruskan dengan lafaz syahadah dan ikrar pengislaman Soldadu Simaun bin Sima yang dilaksanakan oleh Pegawai Agama dari Pusat Dakwah Islamiah. Laungan Dikir Marhaban, taburan bunga rampai dan penyampaian cenderahati telah disempurnakan oleh Pemerintah ABDB dan para jemputan yang hadir. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Mejar Abdul Mujib bin Haji Japar, pegawai daripada Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT).
Soldadu Simaun bin Sima serta adik beliau telah memilih untuk menggunakan nama asal sebagai nama Islam mereka. Melalui majlis berkebajikan ini, ia diharapkan supaya akan dapat menyebarkan lagi syiar dakwah Agama Islam di kalangan warga ABDB.