LABI, Wednesday, 12 April 2023 – Support Battalion Royal Brunei Land Force (Sp Bn RBLF) in collaboration with the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Religious Directorate hosted the Ihya Ramadhan and Outreach Programme today at Kampung Labi Mosque.
Present for the programme were Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of RBAF, Brigadier General Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, Commander of RBLF, Senior officers, officers from RBAF and RBLF, as well as the Imam of Kampong Labi Mosque and residents of Kampung Labi.
The programme commenced with the recitation of Yassin and Tahlil, followed by Iftar and Fardhu Maghrib prayer. Afterwards, the programme proceeded with dinner, Fardhu Isya’ prayer, Sunat Tarawih and Witir Prayer. It concluded with Tadarus Al-Quran and presentation of donation.
This programme aims to encourage religious activities and gain blessings, especially during the holy month of Ramadhan. It also serves to further strengthen the bonds between the RBAF and the local community.


BATALION BANTU TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ANJURKAN IHYA RAMADAN DI MASJID KAMPUNG LABI
LABI, Rabu, 12 April 2023 – Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei (Bn Bantu TDDB) dengan kerjasama Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) pada hari ini telah menganjurkan Program Ihya Ramadan dan Program Jangkauan Ramadan bertempat di Masjid Kampung Labi.
Hadir bagi program tersebut ialah Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB, Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, Pemerintah TDDB, Pegawai-pegawai Kanan dan pegawai-pegawai dari ABDB dan TDDB, serta Imam Masjid Kampung Labi dan penduduk Kampung Labi.
Program dimulakan dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil, diikuti dengan berbuka puasa dan menunaikan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah. Program diteruskan dengan makan malam, sembahyang Fardhu Isya’, Sunat Tarawih dan Witir berjemaah. Majlis diakhiri dengan Tadarus Al-Quran dan penyampaian derma.
Majlis berkebajikan ini bertujuan untuk meningkatkan amalan dan ketakwaan demi meraih keberkatan terutamanya di bulan suci Ramadan. Ia juga mampu mengukuhkan ukhuwah silaturahim di antara anggota ABDB bersama penduduk kampong.