PENANJONG GARRISON, Friday, 03 January 2020 – The Support Battalion, Royal Brunei Land Force (Sp Bn RBLF) celebrated its 30th anniversary today with a parade held at the Sp Bn RBLF Parade Square in Penanjong Garrison. The parade consisted of the Armoured Recconnaisance Squadron (ARS), Combat Engineer Squadron (CES), Company Headquarters (Coy HQ), Chemical Biological Radiological and Explosive Defence Unit (CBRE), Combat Boat Squadron (CBS) and supported by a Platoon of Pipe Band from Second Battalion, RBLF.
Upon arrival, Lieutenant Colonel Awang Haji Rony Zai bin Haji Zaini, Commanding Officer of Sp Bn RBLF received the Honorary Salute and inspected the parade led by Major Masmun bin Haji Kassim, Deputy Commanding Officer of Sp Bn RBLF, followed by a speech by the guest of honour.
In his speech, the guest of honour first recalled back all the achievements attained by Sp Bn RBLF in 2019 and expressed hope that it can be sustained in the following year. He then highlighted issues that may impact the image of Sp Bn RBLF such as how safety issues must be aligned with the Occupational and Health Safety (OHS) procedures. He also highlighted the importance of professionalism in all work aspects and readiness in order to combat the possible threats. In addition, he hoped that in the year of 2020, Sp Bn RBLF can improve its personnel’s spirit of regimentation in order to preserve the image of Sp Bn RBLF.
The ceremony concluded with the recitation of
Doa Selamat led by Sergeant Khairulanwar bin Haji Latif from ARS Unit. The ceremony concluded with cake cutting ceremony held at the Sp Bn RBLF Cookhouse.




BATALION BANTU TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN YANG KE 30
PENANJONG GARISON, Jumaat, 03 Januari 2020 – Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei (Bn Bantu TDDB) telah menyambut Hari Ulang Tahun yang ke-30 hari ini dengan mengadakan upacara Perbarisan di Padang Kawad Bn Bantu TDDB, Penanjong Garison. Upacara Perbarisan terdiri daripada anggota-anggota Skuadron Kereta Perisai Peninjau (SKPP), Skuadron Jurutera Tempur (SJT), Kompeni Markas Bn Bantu TDDB, Unit Pertahanan Kimia Biologi Radiologi dan Letupan (KBRL), Skuadron Bot Tempur (SBT) serta bantuan Platun Serunai dan Tambur Batalion Kedua TDDB.
Sejurus tiba, Yang Mulia Leftenan Kolonel Awang Haji Rony Zai bin Haji Zaini, Pegawai Pemerintah Bn Bantu TDDB selaku Tetamu Kehormat menerima Tabik Hormat dan memeriksa perbarisan yang diketuai oleh Yang Mulia Mejar Masmun bin Haji Kassim, Timbalan Pegawai Pemerintah Bn Bantu TDDB dan diikuti dengan penyampaian ucapan oleh Tetamu Kehormat.
Dalam ucapan tersebut, beliau telah mengimbau kembali beberapa pencapaian Bn Bantu TDDB pada tahun 2019 yang perlu dipertahankan. Selain itu, beliau juga menekankan beberapa isu-isu yang memberikan kesan dan impak terhadap imej Bn Bantu TDDB seperti prosedur keselamatan yang ditetapkan oleh dasar Kesihatan & Keselamatan Kerja (KKK). Beliau juga menekankan kepentingan untuk menjaga profesionalisma dalam melaksanakan tugas, dan agar sentiasa siap sedia bagi menangani isu-isu yang bakal dihadapi dengan memupuk semangat daya saing yang sihat. Beliau berharap agar pada tahun baru 2020 akan dapat lagi meningkatkan semangat bagi sama-sama menjaga nama dan imej Bn Bantu TDDB.
Perbarisan diakhiri dengan bacaan doa selamat yang dibacakan oleh Sarjan Khairulanwar bin Haji Latif daripada unit SKPP Bn Bantu TDDB. Selesai perbarisan, acara diteruskan lagi dengan menikmati jamuan dan seterusnya memotong kek hari ulang tahun Bn Bantu TDDB bertempat di Rumah Masak Bn Bantu.