PENANJONG GARRISON, Thursday, 30th March 2023 – Support Battalion Royal Brunei Land Force (Sp Bn RBLF) hosted a sungkai event with former Commanding Officers and Regiment Sergeant Majors of Sp Bn RBLF. The event was held at the Officers’ Mess, Penanjong Garrison.
The event commenced with the signing of parchment for all invited guests followed by the recitation of Surah Yaasin and Tahlil led by Ustaz Haji Shahrul Azrimin bin Haji Bidin, Religious Teacher of Surau Al-Hikmah, Penanjong Garrison. The event continued mass Maghrib prayers before proceeding to the Officers’ Mess for dinner followed by the presentation of mementos by Lieutenant Colonel Rudie Asmawi bin Haji Abidin, Commanding Officer of Sp Bn RBLF and Warrant Officer One Sahlan bin Haji Majid, Regiment Sergeant Major of Sp Bn RBLF to all former Commanding Officers and Regiment Sergeant Majors of Sp Bn RBLF. The event concluded with a Doa Kesyukuran.
This event is an annual activity for Sp Bn RBLF that takes place during the holy month of Ramadhan to appreciate and commemorate the contributions of former Commanding Officers and Regiment Sergeant Majors, as well as to strengthen the bonds amongst Sp Bn personnel.


BATALION BANTU TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MENGADAKAN ACARA MAJLIS BERSUNGKAI BERSAMA MANTAN-MANTAN PEGAWAI PEMERINTAH DAN SARJAN MEJAR REJIMEN
PENANJONG GARISON, Khamis, 30 Mac 2023 – Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei (Bn Bantu TDDB) telah mengadakan Majlis Bersungkai bersama mantan-mantan Pegawai Pemerintah dan Sarjan Mejar Rejimen Bn Bantu TDDB. Majlis tersebut telah berlangsung di Mes Pegawai, Penanjong Garison.
Majlis dimulakan dengan menandatangani lembaran kenangan dan membaca surah Yassin dan Tahlil yang diketuai oleh Ustaz Haji Shahrul Azrimin bin Haji Bidin, Guru Ugama Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison. Acara diteruskan dengan solat Maghrib berjemaah sebelum menjamu makan malam di Dewan Makan Mes Pegawai diikuti dengan penyampaian cenderahati yang telah disempurnakan oleh Leftenan Kolonel Rudie Asmawi bin Haji Abidin, Pegawai Pemerintah Bn Bantu TDDB dan Pegawai Waran Satu Sahlan bin Haji Majid, Sarjan Mejar Regimen Bn Bantu TDDB kepada mantan-mantan Pegawai Pemerintah dan Sarjan Mejar Rejimen Bn Bantu TDDB. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Kesyukuran.
Majlis ini merupakan aktiviti tahunan Bn Bantu TDDB yang berlangsung di setiap bulan Ramadhan bagi menghargai dan mengenang jasa bakti mantan-mantan Pegawai Pemerintah dan Sarjan Mejar Rejimen serta mengeratkan lagi silaturrahim sesama warga Bn Bantu TDDB.