
PENANJONG GARRISON, Friday, 23 April 2021 – Support Battalion Royal Brunei Land Force (Sp Bn RBLF) hosted an Iftar event with former Commanding Officers and Regiment Sergeant Majors of Sp Bn RBLF. The event was held at Surau Al-Hikmah, Penanjong Garrison.
The event this year has been graced with the presence of former Commanding Officers of Sp Bn RBLF. Present among the invited guests was Colonel (Retired) Pengiran Zulkifli Bin Pengiran Hj Ismail, Director of Pusat Khidmat Bakti Negara, Ministry of Youth Culture and Sports. Also present during the event were former Regiment Sergeant Majors, Warrant Officer 1 (R) Abdul Malik bin Siajuan along with other former Regiment Sergeant Majors of Sp Bn RBLF.
The event commenced with the signing of parchment for all invited guests followed by the recitation of Surah Yaasin and Tahlil led by Corporal Nazirul bin Haji Asmat from Religious Department of the Royal Brunei Armed Forces (JAMA’AT). The event continued with Iftar and performing of mass Maghrib prayers. The event preceded to the Sp Bn RBLF Cookhouse for dinner followed by the presentation of souvenirs by the Chairman of an event to all former Commanding Officers and Regimental Sergeant Majors of Sp Bn RBLF and concluded with Doa Kesyukuran.
The event aims to maintain friendships as well as to appreciate former Commanding Officers and Regiment Sergeant Majors of Sp Bn RBLF.

BATALION BANTU TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ADAKAN ACARA MAJLIS BERSUNGKAI BERSAMA MANTAN-MANTAN PEGAWAI PEMERINTAH DAN SARJAN MEJAR REJIMEN
PENANJONG GARISON, Jumaat, 23 April 2021 – Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei (Bn Bantu TDDB) telah mengadakan Majlis Bersungkai bersama mantan-mantan Pegawai Pemerintah dan Sarjan Mejar Rejimen Bn Bantu TDDB. Acara diadakan di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison.
Acara pada tahun ini telah diserikan lagi dengan kehadiran mantan-mantan Pegawai dari Bn Bantu TDDB. Di antara jemputan yang hadir ialah Kolonel (Bersara) Pengiran Zulkifli bin Pengiran Hj Ismail, Pengarah PKBN, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan. Turut hadir semasa majlis tersebut ialah mantan-mantan Sarjan Mejar Rejimen Bn Bantu TDDB Pegawai Waran 1 (B) Abdul Malik bin Siajuan berserta mantan-mantan Sarjan Mejar Rejimen Bn Bantu TDDB.
Majlis dimulakan dengan menandatangani lembaran kenangan dan membaca surah Yassin dan Tahlil yang diketuai oleh Koperal Nazirul Bin Haji Asmat, anggota Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA’AT). Majlis diteruskan dengan berbuka puasa dan Solat Fardhu Maghrib berjemaah. Majlis kemudiannya bergerak ke Rumah Masak Bn Bantu TDDB bagi acara makan malam dan diteruskan dengan penyampaian cenderahati yang telah disempurnakan oleh Pengerusi Majlis kepada mantan-mantan Pegawai Pemerintah Bn Bantu TDDB dan Sarjan Mejar Rejimen Bn Bantu TDDB dan diakhiri dengan bacaan Doa Kesyukuran.
Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim di samping mengenang jasa dan khidmat yang telah dicurahkan oleh mantan-mantan Pegawai Pemerintah dan Sarjan Mejar Rejimen Bn Bantu TDDB.