PENANJONG GARRISON, Wednesday 27 February 2019 – Support Battalion Royal Brunei Land Force (Sp Bn RBLF) held an Adjutant’s parade comprised of Armour Recce Squadron (ARS), Combat Engineering Squadron (CES), Company Headquarters (Coy HQ) and Defence Unit of Chemical Biological Radiological and Explosives (CBRE) and the Pipe Band from Third Battalion RBLF at the Parade Square Sp Bn RBLF, Penanjong Garrison.

The parade commenced with an honourary salute to the guest of honour, Captain Muhammad Za’im bin Haji Zainal Arifin, Adjutant of Sp Bn RBLF. The ceremony continued with a parade inspection and march pass led by Lieutenant Muhammad Syuaib bin Haji Meraj. The parade concluded with a recitation of Doa Selamat led by Ustaz Hj Shahrul Azrimin bin Hj Bidin.

The parade is part of Support Battalion’s yearly activity which serve to improve discipline and practice marching drills for Sp Bn personnel. It is also to ensure that Sp Bn personnel’s ceremonial dress are immaculate and ready to be worn at any times when needed.

 

UPACARA PERBARISAN EJUTAN BATALION BANTU TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

PENANJONG GARISON, Rabu 27 Februari 2019 – Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei (Bn Bantu TDDB) telah mengadakan Upacara Perbarisan Ejutan dengan kawalan-kawalan yang terdiri daripada kawalan Skuadron Kereta Perisai Peninjau (SKPP), kawalan Skuadron Jurutera Tempur (SJT), kawalan gabungan Kompeni Markas (Komp Mrks) dan Unit Pertahanan Kimia Biologi Radiologi dan Letupan (KBRL), kawalan gabungan PTB-PTB Kanan Bn Bantu TDDB serta bantuan Platun Serunai dan Tambur daripada unit 3Bn TDDB yang telah berlangsung di Padang Kawad Bn Bantu TDDB, Penanjong Garison.

Upacara Perbarisan dimulakan dengan tabik hormat kepada Tetamu Kehormat, Yang Mulia Kapten Muhammad Za’im bin Haji Zainal Arifin, Ejutan . Upacara diteruskan dengan pemeriksaan perbarisan, perbarisan berjalan lalu dalam masa perlahan dan cepat, seterusnya perbarisan mara kehadapan untuk diperhati semula yang diketuai oleh Yang Mulia Leftenan Muhamad Syuaib bin Haji Meraj daripada unit SJT Bn Bantu TDDB. Upacara Perbarisan diakhiri dengan doa yang dibacakan oleh Yang Mulia Ustaz Hj Shahrul Azrimin bin Hj Bidin.

Tujuan upacara tersebut diadakan adalah bukan sahaja sebagai salah satu aktiviti tahunan Bn Bantu TDDB, ianya juga adalah antara lain untuk meningkatkan mutu, disiplin dan tertib kawad perseorangan anggota disamping untuk memastikan lagi semua anggota mempunyai Pakaian Istiadat yang kemas dan siap sedia untuk digunakan pada bila-bila masa diperlukan.