LUMUT
CAMP,
Monday,
09
December
2019 – Third Battalion Royal Brunei Land Forces (3Bn RBLF) received a study visit comprising of 13 students and 05 teachers from the Institute of Brunei Technical Education (IBTE) Nakhoda Ragam which took place at the Pipes and Drums Hall 3Bn, RBLF. This visit is in conjunction with the end-of-year program organised by IBTE.

The visit commenced with a performance by 3Bn RBLF Pipes and Drums,  a briefing by Lt Mohammad Hidayatil Baqi bin Hj Abd Latip, followed by a tour which showcased a variety of military equipments and vehicles such as military weapons, radios, Armoured Personnal Carrier as well as sharing of knowledge on jungle survival.

The visit serves to provide valuable knowledge and experiences to the students and teachers. The visit concluded with light refreshments and a memento presented by Major Pg Hj Mohammad Razif bin Pg Hj Idros.  

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BATALION KETIGA, TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

PERKHEMAHAN
LUMUT,
Isnin,
09
Disember
2019 – Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3BN TDDB) hari ini telah menerima lawatan sambil belajar daripada
Institute
of
Brunei
Technical
Education (IBTE) Nakhoda Ragam yang terdiri daripada 13 pelajar dan 05 guru bertempat di Dewan Serunai dan Tambur 3Bn. Lawatan ini merupakan salah satu program yang diungkayahkan oleh pihak IBTE sebelum berakhirnya tahun 2019 ini.

Lawatan dimulakan dengan persembahan daripada Platun Serunai dan Tambur dan seterusnya taklimat ringkas yang disampaikan oleh Lt Hidayatil Baqi bin Hj Latip. Guru-guru dan penuntut sekolah IBTE kemudian didedahkan lagi dengan pelbagai peralatan-peralatan Tentera seperti Senjata, Radio dan kenderaan seperti Kereta Angkut Perisai. Penuntut sekolah juga telah diberikan peluang untuk menaiki kenderaan tentera dan diberikan juga pendedahan mengenai Ikhtiar Hidup bagi operasi hutan.

Lawatan tersebut telah memberi pendedahan dan pengetahuan yang bermanfaat kepada guru-guru dan pelajar-pelajar tersebut. Lawatan diakhiri dengan jamuan ringan dan penyampaian cenderahati daripada Yang Mulia Mejar Pg Hj Mohammad Razif bin Pg Hj Idros kepada ketua rombongan.