BANDAR SERI BEGAWAN, Thursday, 24th July 2025 – The Medical Services, Royal Brunei Land Forces (RBLF), in collaboration with the Health Promotion Centre, Ministry of Health, facilitated a focus group discussion (FGD) as part of the pre-testing phase for a national initiative to develop a health education booklet for patients with Type 2 diabetes. Leading the FGD from RBLF was Lieutenant Colonel (Dr) Norasiah binti Haji Ahmad, Senior Medical Officer of RBLF Medical Services, while Siti Khadizah Fakhriah binti Haji Bakri from the Ministry of Health, as the Health Literacy Initiative Lead at the Health Promotion Centre.

This collaboration builds on a formal partnership established in 2024 following a Health Literacy Masterclass facilitated by a former advisor and director from an institutional partner of the World Health Organization (WHO). Both institutions have worked closely to ensure health education materials are accessible, culturally appropriate, and responsive to the needs of local communities, including those within the defence sector.

The Malay-language patient booklet aims to enhance health literacy and support informed lifestyle choices for individuals with Type 2 diabetes. Given the high prevalence of diabetes in Brunei Darussalam, early access to accurate information is crucial for preventing complications and improving long-term outcomes. To ensure clarity and relevance, feedback from ten Royal Brunei Armed Forces (RBAF) personnel with experience in diabetes management was gathered during a pretesting focus group discussion.

Lieutenant Colonel Dr Norasiah binti Haji Ahmad, highlighted that the mission of the Medical Services extends beyond supporting operational readiness to strengthening long-term health resilience. She added that this initiative demonstrates a strong commitment to national priorities through strategic and impactful inter-agency collaboration towards materialising Wawasan Brunei 2035 in strengthening institutional coordination,  enhancing the quality of life, and promoting health equity. 

MEMPERKUKUH USAHA LITERASI KESIHATAN DALAM INISIATIF DIABETES NEGARA

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 24 Julai 2025 – Khidmat Perubatan dan Kesihatan, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dengan kerjasama Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan, telah mengendalikan sesi pre-testing dimana perbincangan kumpulan sasaran (Focus Group Discussion, FGD) telah dijalankan sebagai salah satu usaha penambahbaikan dan pengemaskinian bahan maklumat sebagai panduan pendidikan kesihatan bagi pesakit yang menghidap diabetes tahap 2. FGD ini diketuai oleh Leftenan Kolonel (Dr) Norasiah binti Haji Ahmad, Pegawai Perubatan Kanan, Khidmat Perubatan dan Kesihatan, TDDB, manakala Siti Khadizah Fakhriah binti Haji Bakri dari Kementerian Kesihatan, sebagai Peneraju Inisiatif Literasi Kesihatan di Pusat Promosi Kesihatan.

Kerjasama ini merupakan kesinambungan kepada hubungan rasmi yang dimulakan pada tahun 2024 selepas penganjuran Bengkel Literasi Kesihatan yang dikendalikan oleh Konsultan Literasi Kesihatan dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Kedua-dua institusi terus bekerjasama rapat untuk memastikan bahan pendidikan kesihatan yang dihasilkan adalah mudah difahami, sesuai dengan budaya tempatan, serta memenuhi keperluan komuniti, termasuk komuniti pertahanan.

Buku yang ditulis sepenuhnya dalam Bahasa Melayu ini bertujuan untuk meningkatkan literasi kesihatan serta memberikan sokongan kepada pesakit agar membuat pilihan gaya hidup yang lebih sihat selepas diagnosis. Memandangkan kadar diabetes yang tinggi di Negara Brunei Darussalam, akses awal kepada maklumat yang tepat amat penting bagi mencegah komplikasi dan meningkatkan kualiti kesihatan jangka panjang. Bagi memastikan kandungan yang jelas dan relevan, maklum balas daripada sepuluh anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang mempunyai pengalaman menguruskan diabetes telah diperoleh melalui sesi pre-testing FGD tersebut.​

Leftenan Kolonel Dr Norasiah binti Haji Ahmad menekankan bahawa inisiatif ini bukan saja memberi tumpuan kepada kesiapsiagaan operasi tetapi juga mengukuhkan daya tahan kesihatan jangka panjang. Beliau menambah bahawa inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan terhadap keutamaan negara melalui kerjasama antara agensi yang strategik dan berimpak ke arah merealisasikan Wawasan Brunei 2035 dalam memperkukuh penyelarasan antara institusi, meningkatkan kualiti hidup, dan memajukan kesaksamaan kesihatan.