BANDAR SERI BEGAWAN, Monday, 13th October 2025 – Six officers from the Dental Services Royal Brunei Land Forces (RBLF) recently conducted an official visit to the Dental Clinic and Laboratory at Jerudong Park Medical Centre (JPMC). The delegation, led by Colonel (Dr.) Jefri bin Haji Abd Razak, RBLF Chief of Dental Services, was warmly received by Mr Neelakannan Periyasamy, Chief Operating Officer of JPMC, along with representatives from JPMC’s management team and Dental Consultants from the Dental Department.

The visit commenced with a detailed briefing and discussion session, followed by a guided tour of JPMC’s Dental Clinic and Dental Laboratory. This interaction served as a good platform to exchange best practices, explore emerging dental technologies, and discuss potential avenues for collaboration in digital dentistry, particularly in areas such as Computer-Aided Design/Computer-Aided Manufacturing (CAD/CAM) workflows and advanced dental laboratory systems in support of the Whole of Nation Approach (WoNA).

This visit marked an important milestone in fostering professional cooperation between the RBLF and JPMC. It also reaffirmed the RBLF Dental Services’ commitment to driving digital transformation within military dental care, in line with the strategic objectives as outlined in the Dental Services Strategic Plan 2022.

LAWATAN ENAM PEGAWAI KHIDMAT PERGIGIAN TDDB KE JPMC

 BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 13 Oktober 2025 – Enam pegawai dari Khidmat Pergigian Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB)  baru-baru ini telah mengadakan lawatan rasmi ke Klinik dan Makmal Pergigian di Jerudong Park Medical Centre (JPMC). Delegasi yang diketuai oleh Kolonel (Dr.) Jefri bin Haji Abd Razak, Ketua Khidmat Pergigian TDDB, telah disambut oleh Neelakannan Periyasamy, Ketua Pegawai Operasi JPMC, bersama wakil pihak Pengurusan serta Pakar Pergigian dari Jabatan Pergigian JPMC.

Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat dan perbincangan, diikuti dengan lawatan ke fasiliti Klinik dan Makmal Pergigian JPMC. Interaksi ini merupakan platform yang baik untuk perkongsian amalan terbaik, penerokaan teknologi pergigian terkini serta perbincangan mengenai potensi kerjasama dalam bidang pergigian digital  khususnya dalam aliran kerja Computer-Aided Design/Computer-Aided Manufacturing (CAD/CAM) dan sistem makmal pergigian berteknologi tinggi, selaras dengan pendekatan Whole of Nation Approach (WoNA). Lawatan ini menandakan pencapaian penting dalam memperkukuhkan hubungan profesional antara TDDB dan JPMC. Ia juga mengesahkan komitmen Khidmat Pergigian TDDB untuk memperkasa transformasi Pergigian Digital dalam penjagaan pergigian ketenteraan, sejajar dengan objektif strategik seperti yang digariskan dalam Pelan Strategik Khidmat Pergigian 2022.