BERAKAS GARRISON, Friday, 15 February 2019 - Brigadier General Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Commander of Royal Brunei Land Force led a sharing session with the newly commissioned officers from Officer Cadet School Intake 17 who will soon start their services to their respective units.
Prior to entering their dedicated units, the 29 newly commissioned officers of Intake 17 attended the Officers Induction Course at Second Battalion RBLF (2Bn RBLF), Tutong Camp.
During the session, the Commander of RBLF urged for the newly commissioned officers to be proactive officers, to practice whatever they have learnt throughout their training and to uphold their standing and standards as local officers. He also reminded them to remain professional in their work, to take good care of their men and to maintain good discipline.
SESI PERJUMPAAN DENGAN PEGAWAI-PEGAWAI YANG BARU DITAULIAHKAN
BERAKAS GARISON, Jumaat, 15 Februari 2019 – Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah membuat sesi perjumpaan bersama pegawai-pegawai yang baru ditauliahkan daripada Pengambilan Sekolah Pegawai Kadet yang ke-17.
Sebelum melapor kepada unit masing – masing, seramai 29 pegawai yang baru ditauliahkan telah menjalani Kursus Induksi di Batalion Kedua (2Bn TDDB) Perkhemahan Tutong.
Semasa sesi perjumpaan tersebut, Yang Mulia Pemerintah TDDB menekankan kepada mereka untuk menjadi pegawai proaktif, untuk mempraktikan apa yang telah mereka pelajari semasa latihan dan mengekalkan nama baik sebagai pegawai tempatan yang berkualiti dan berhemah tinggi. Pemerintah TDDB juga mengingatkan supaya sentiasa bersikap profesional dalam melaksanakan tugas, sentiasa mengambil berat dan peka terhadap anggota yang mereka pimpin dan menjaga disiplin setiap masa.
