BERAKAS, Saturday, 24 October 2026 – A total of seven personnel from various units under the Royal Brunei Land Forces (RBLF) received their respective certificates during the Politeknik Brunei Convocation Ceremony held at the Plenary Hall, International Convention Centre (ICC), Berakas. The certificates were presented by Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Mohammed Riza bin Dato Paduka Haji Mohammed Yunos, Minister of Communication and Transportation.

Amongst the graduates were Sergeant Asrina Fitri binti Ahmad from Bolkiah Workshop Combat Service Support (CSC) RBLF, Sergeant Muhammad Nur Aizuddin bin Ramli and Sergeant Elvy binti Haji Awang Ramli from Penanjong Workshop CSS RBLF as well as Sergeant Abdul Rahman bin Abu Kassim from Light Aid Detachment Armoured Reconnaissance Squadron RBLF, each earned Level 5 Diploma in Mechanical Engineering. Meanwhile, Sergeant Mulyaddey bin Haji Mohd Ali from Bolkiah Workshop CSS RBLF earned Level 5 Diploma in Electronic Communication Engineering. Corporal Ahmad Fakrur Razi bin Ahmad Suhaimi and Lance Corporal Minuddin bin Hj Rajuddin, from Dental Services RBLF also earned Level 5 Diploma in Health Science (Dental Hygiene and Therapy).

The RBLF leadership extends its congratulations to all graduates on their academic achievements. The convocation also marked a significant milestone for RBLF as their achievements reflect RBLF’s continued commitment to personnel development, technical proficiency and professional excellence.

TUJUH ANGGOTA TDDB MENERIMA SIJIL DI MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK BRUNEI

BERAKAS, Selasa, 20 Oktober 2026 – Seramai tujuh orang anggota daripada pelbagai unit di bawah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menerima sijil masing-masing semasa Majlis Konvokesyen Politeknik Brunei yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas. Sijil-sijil tersebut telah disampaikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Mohammed Riza bin Dato Paduka Haji Mohammed Yunos, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Antara graduan-graduan itu ialah Sarjan Asrina Fitri binti Ahmad dari Woksyop Bolkiah, Khidmat Bantuan Kombat (KBK) TDDB, Sarjan Muhammad Nur Aizuddin bin Ramli dan Sarjan Elvy binti Haji Awang Ramli dari Woksyop Penanjong, KBK TDDB, serta Sarjan Abdul Rahman bin Abu Kassim dari Trup Kejuruteraan, Skuadron Kereta Perisai Peninjau TDDB, masing-masing memperoleh Diploma Tahap 5 dalam Kejuruteraan Mekanikal. Sementara itu, Sarjan Mulyaddey bin Haji Mohd Ali dari Woksyop Bolkiah, KBK TDDB pula memperoleh Diploma Tahap 5 dalam Kejuruteraan Komunikasi Elektronik. Koperal Ahmad Fakrur Razi bin Ahmad Suhaimi dan Lans Koperal Minuddin bin Hj Rajuddin dari Khidmatan Pergigian TDDB juga telah memperoleh Diploma Tahap 5 dalam Sains Kesihatan (Kebersihan dan Terapi Pergigian).

Kepimpinan TDDB merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua graduan atas pencapaian akademik mereka. Majlis konvokesyen ini turut menandakan satu pencapaian penting bagi ABDB, mencerminkan komitmen berterusan organisasi tersebut terhadap pembangunan anggota, peningkatan kemahiran teknikal dan kecemerlangan profesional.