BRUNEI, Monday, 18th March 2024 – The Royal Brunei Land Force (RBLF) in collaboration with the Religious Directorate of Royal Brunei Armed Forces (JAMA’AT RBAF) continued to enliven the holy month of Ramadhan 1445 Hijrah with series of Zuhor Religious lectures in respective suraus within RBLF camps including Pulau Baru-Baru Mosque.
Attended by officers and personnel of RBLF, the programme commenced with a mass Zuhor Prayers followed by the lecture delivered by speakers from JAMA’AT ABDB with a title ‘Kesempurnaan Ramadhan Melalui Amalan-Amalan Sunnah’ and ‘Puasa dan Kesihatan Hati’.
The Zuhor Religious lectures was part of the Ihya Ramadhan and Outreach Programmed conducted throughout the holy month of Ramadhan that will feature religious and community outreach activities including Sunat Tarawih and Witir prayers, religious lectures, Tadarus Al-Quran, cleaning campaigns at mosques and cemeteries.




TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MENERUSKAN SIRI KULIAH ZUHOR RAMADHAN
BRUNEI, Isnin, 18 Mac 2024 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dengan kerjasama Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA’AT ABDB) terus menyemarakkan lagi bulan Ramadhan 1445H yang penuh keberkatan ini dengan mengadakan siri Kuliah Zuhor Ramadhan bertempat di beberapa surau perkhemahan TDDB termasuk Masjid Pulau Baru-Baru.
Hadir bagi Kuliah Zuhor tersebut ialah pegawai-pegawai dan anggota TDDB. Program dimulakan dengan Solat Fardhu Zuhor berjemaah diikuti dengan kuliah yang telah disampaikan oleh penceramah dari JAMA’AT ABDB bertajuk ‘Kesempurnaan Ramadhan Melalui Amalan-Amalan Sunnah’ dan ‘Puasa dan Kesihatan Hati’.
Kuliah Zuhor tersebut adalah sebahagian daripada Program Ihya Ramadhan dan Program Jangkauan yang dianjurkan sempena bulan suci Ramadhan yang akan diserikan dengan aktiviti-aktiviti keugamaan dan kemasyarakatan termasuk menunaikan Sembahyang Sunat Tarawih dan Witir, kuliah-kuliah keugamaan, tadarus Al-Quran, kempen membersihkan masjid-masjid dan tanah-tanah perkuburan.