TUTONG CAMP, Thursday, 27 February 2020
– Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF) held a Regiment Sergeant Major’s parade that took place at the Parade Square, Tutong Camp.

Present as the guest of honour was Warrant Officer 1 Khairul Amir bin Kamis. Also present to witness the ceremony were Regimental Sergeant Majors of RBLF, Drill Sergeant Majors of RBLF, Non-Commissioned Officers (NCOs) and 2Bn RBLF personnel.

The parade commenced with a parade inspection and continued with a march pass and concluded with a speech by the guest of honour.

The parade is part of Second Battalion’s yearly activity which serve to improve discipline and practice marching drills for 2Bn personnel. It is also to ensure that 2Bn personnel’s Ceremonial dress are immaculate and ready to be worn at any times when needed.

UPACARA PERBARISAN SARJAN MEJAR REGIMEN BATALION KEDUA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

PERKHEMAHAN TUTONG, Khamis 27 Februari 2020 – Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah mengadakan upacara Perbarisan Sarjan Mejar Rejimen (SMR) 2Bn TDDB yang berlangsung di Padang Kawad 2Bn TDDB, Perkhemahan Tutong.

Tetamu Kehormat bagi majlis ini adalah Yang Mulia Pegawai Waran 1 Khairul Amir bin Kamis. Turut serta hadir pada majlis tersebut adalah SMR-SMR TDDB, Sarjan Mejar Kawad (SMK-SMK) TDDB, PTB-PTB Kanan serta anggota-anggota 2Bn TDDB.

Upacara perbarisan Sarjan Mejar Rejimen 2Bn TDDB dimulakan dengan Pemeriksaan Barisan oleh Tetamu Kehormat dan diteruskan dengan perbarisan berjalan lalu (Perlahan dan Cepat), Mara Kehadapan untuk Diperhati Semula dan diakhiri dengan ucapan Sarjan Mejar Rejimen 2Bn TDDB.

Tujuan upacara tersebut diadakan bukan sahaja sebagai salah satu aktiviti tahunan Batalion, ianya juga bagi meningkatkan mutu, disiplin dan tatertib berkawad bagi anggota 2Bn TDDB. Dimana tujuan lainnya ialah bagi membuat pemeriksaan ke atas pakaian anggota 2Bn TDDB bagi memastikan semua anggota mempunyai pakaian istiadat yang kemas dan sedia untuk digunakan pada bila-bila masa diperlukan.