TUTONG, Sunday, 1st December 2024 – Second Battalion Royal Brunei Land Forces (2Bn RBLF) joined the cycling and walkathon event in the Tutong Town Mukimku Ceria 2024 organised by Mukim Pekan Tutong Consultative Council at the Padang Pentas Diraja, Tutong District.
Present at the event was Awangku Arif Anuar bin Pengiran Haji Ahmad, the Acting Tutong District Officer. Also participating in the event were the Commanding Officer of 2Bn RBLF together with the officers and personnel of 2Bn RBLF and their families, Head of Mukim, Head Villages of Mukim Pekan Tutong, residents and the public.
The event commenced with a group photo session, the recitation of Surah Al-Fatihah and doa selamat. The event then proceeded with an aerobic session, cycling and walkathon activity and public lashing demonstration from the Prison Department. Among other activities conducted as part of the Mukimku Ceria 2024 include showcasing of antique cars and bicycles, 1 Kampong 1 product (1K1P) expo, exhibition of cats and Muslim Youth photo exhibition as well as Blood Donation Campaign.




BATALION KEDUA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI SERTAI MUKIMKU CERIA 2024 PEKAN TUTONG
TUTONG, Ahad, 1 Disember 2024 – Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telahpun ikut serta dalam acara riadah berbasikal dan berjalan kaki di acara Mukimku Ceria 2024 Pekan Tutong yang dianjurkan oleh Majlis Perundingan Mukim Pekan Tutong di Padang Pentas Diraja Daerah Tutong.
Hadir di acara tersebut ialah Awangku Arif Anuar bin Pengiran Haji Ahmad, Pemangku Pegawai Daerah Tutong. Juga turut dalam acara tersebut ialah Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB bersama pegawai dan anggota 2Bn TDDB serta keluarga, Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung Mukim Pekan Tutong, penduduk setempat, dan orang ramai.
Acara dimulakan dengan sesi bergambar, bacaan Surah Al-Fatihah dan doa selamat. Acara kemudian diteruskan dengan sesi senam aerobik, aktiviti berbasikal dan walkathon serta demonstrasi sebatan daripada Jabatan Penjara, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Antara aktiviti lain yang diadakan dalam Mukimku Ceria 2024 tersebut termasuklah pameran kereta dan basikal antik, pameran 1 Kampong 1 Produk (1K1P), pameran kucing dan foto expo Belia Islam serta kempen menderma darah.