TUTONG, Sunday, 3rd March 2024 – The Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF) actively participated in a cleaning campaign at Muslim cemeteries, organised by respective Village Consultative Councils in Tutong District. These cemeteries included Bintuduh Muslim Cemetery in Kampung Lamunin, Bukit Angkis, and Bukit Sepiak Muslim Cemetery in Kampung Sungai Kelugos.

A total of 40 personnel from 2Bn RBLF participated in the campaign. The activities commenced with a cleaning session, followed by the recitation of Surah Yasin, Tahlil, and Doa Arwah.

The involvement of 2Bn RBLF in these charitable endeavors underscores the unit’s dedication to assisting the local community, fostering mutual cooperation, and promoting spiritual growth among its personnel and the residents of Tutong District, especially leading up to the blessed month of Ramadan.

 

BATALION KEDUA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI SERTAI KEMPEN MEMBERSIHKAN PERKUBURAN ISLAM DI DAERAH TUTONG

TUTONG, Ahad, 03 Mac 2024 – Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telahpun menyertai kempen membersihkan tanah perkuburan orang Islam yang dikendalikan oleh persatuan Majlis Perundingan Kampung yang terlibat di Daerah Tutong. Diantara tanah perkuburan tersebut ialah Tanah Perkuburan Islam Bintuduh di Kampung Lamunin, dan Tanah Perkuburan Islam Bukit Angkis dan Bukit Sepiak di Kampung Sungai Kelugos.

 

Seramai 40 anggota daripada 2Bn TDDB terlibat dalam aktiviti ini dan dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut kampung masing-masing. Aktiviti tersebut dimulakan dengan sesi membersihkan kawasan tanah perkuburan dan seterusnya diikuti dengan bacaan Surah Yasin, Tahlil dan Doa Arwah.

 

Penglibatan 2Bn TDDB dalam aktiviti berkebajikan ini menandakan dedikasi unit untuk menghulurkan bantuan kepada masyarakat setempat serta memupuk kerjasama yang erat di samping meningkatkan kerohanian di kalangan warga 2Bn TDDB dan penduduk Daerah Tutong sebelum kedatangan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.