TUTONG CAMP, Thursday, 14 December 2023 – The officers of Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF) held a recreational activity in conjunction with the final term school holidays at the Multipurpose Hall, Tutong Camp.
Present as the Guest of Honour was Major Awang Muhammad Muneer bin Haji Mohammad Taib, Acting Commanding Officer of 2Bn RBLF. Also present were officers and personnel of 2Bn RBLF with their respective family members.
The event kicked off with a group photo session and a lively Zumba session, followed by engaging family games. Moreover, various activities were incorporated into the event, including a fun fair and sales bazaar offering a diverse array of food. After the games concluded, prizes were awarded to the victorious participants.
The recreational activities begin this week for the officers, followed by the Senior Non-Commissioned Officers (SNCOs) the next week, and for the NCOs the subsequent week. This sequential approach aims to offer 2Bn RBLF personnel and their families with an opportunity to engage in enjoyable activities during the school holidays in addition to strengthening family bonds and encourage a healthy lifestyle.


AKTIVITI SUKAN RIA SEMPENA PENGGAL AKHIR CUTI PERSEKOLAHAN MEMPERKUKUHKAN JALINAN KEKELUARGAAN
PERKHEMAHAN TUTONG, Khamis, 14 Disember 2023 – Bersempena penggal akhir cuti persekolahan pada tahun ini, pegawai – pegawai Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah mengendalikan sukan ria di Dewan Gerak Badan, Perkhemahan Tutong.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Mejar Awang Muhammad Muneer bin Haji Mohammad Taib, Pemangku Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB. Turut hadir ialah pegawai – pegawai dan anggota – anggota 2Bn TDDB bersama ahli keluarga masing – masing.
Acara dimulakan dengan sesi bergambar ramai, sesi Zumba dan diteruskan lagi dengan acara permainan bersama keluarga. Di samping itu, fun fair serta bazar jualan dengan pelbagai jenis makanan juga disediakan bagi memeriahkan lagi aktiviti sukan ria tersebut. Selesai perlawanan dijalankan, penyampaian hadiah kepada para pemenang permainan juga dilaksanakan.
Aktiviti rekreasi bagi warga 2Bn TDDB bermula minggu ini untuk peringkat pegawai. Acara menyeronokkan ini akan diteruskan bagi peringkat Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Kanan pada minggu hadapan dan bagi PTB – PTB pula dilaksanakan pada minggu berikutnya. Pendekatan ini mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan warga 2Bn TDDB dan keluarga mereka untuk melibatkan diri dalam aktiviti menyeronokkan sempena cuti penggal akhir persekolahan, di samping menggalakkan dan mengekalkan gaya hidup sihat dalam hidup berkeluarga.