
TUTONG CAMP, Friday, 09 July 2021 - Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF) held a Larian Virtual Merah Bersatu competition between 2Bn RBLF Companies conducted in vicinity of Tutong Camp area. The competition took place from early February 2021 until end of March 2021.
Present for the prize presentation ceremony was Lieutenant Colonel Pengiran Haji Saiful Amirul Bakri bin Pengiran Haji Ramlee, Commanding Officer of 2Bn RBLF.
A total of five categories were competed during the event which consisted of aged 40 years and above category, aged 35 – 39 years category, aged 30 – 34 years category, aged 18 – 29 years category and 2.4 segment category.
The winner for aged 40 and above category was won by Warrant Officer 2 Shadan bin Haji Sabtu from Admin Company with a total distance of 1614.3km, for aged 35 – 39 years category was won by Sergeant Noor Ariffin bin Haji Mohd Bahrin from Command Company with a distance of 1686.5km, for aged 30 – 34 years category was won by Sergeant Md Shazmeelshah bin Omarshah from Command Company with a distance of 1734.65km, for aged 18 – 29 years category was won by Private Muhd Syazwi from A Company with a distance of 774.9km.
Meanwhile, for the 2.4km Segment category, for aged 40 and above category with the fastest time of 9 Minutes 52 second won by Staff Sergeant Md Annuar bin Abdullah Biar from Admin Company, for aged 35 – 39 years category, with the fastest time of 8 Minutes 45 Second was won by Corporal Shahrul bin Jalil from Admin Company, for aged 30 – 34 years category with the fastest time of 8 Minutes 37 Second won by Private Muhd Amir Hamzah bin Roslan from C Company and for 18 – 29 Category with the fastest time of 8 Minutes 14 Seconds won by Lance Corporal Md Ali Saifullah @ Adam bin Md Daud from Admin Company.
The purpose of this event is to develop the mental and physical endurance of individuals and to strengthen relationships among 2Bn RBLF personnel.


BATALION KEDUA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ADAKAN PERLAWANAN LARIAN VIRTUAL MERAH BERSATU 2021
PERKHEMAHAN TUTONG, Jumaat, 09 Julai 2021 - Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah mengadakan Perlawanan Larian Virtual Merah Bersatu antara Kompeni-Kompeni Peringkat Batalion Kedua TDDB di dalam kawasan Perkhemahan Tutong. Perlawanan ini dilaksanakan bermula pada awal bulan Februari 2021 sehingga akhir bulan March 2021.
Hadir bagi majlis penyampaian hadiah adalah Leftenan Kolonel Pengiran Haji Saiful Amirul Bakri bin Pengiran Haji Ramlee, Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB.
Sebanyak 5 kategori telah dipertandingkan semasa acara tersebut. Kategori pertama adalah kategori umur 40 tahun dan ke atas, kategori kedua adalah kategori umur 35 – 39 tahun, kategori ketiga adalah kategori umur 30 – 34 tahun, kategori keempat adalah kategori umur 18 – 29 tahun dan kategori kelima adalah kategori segmen 2.4.
Johan bagi kategori umur 40 tahun dan ke atas dimenangi oleh Pegawai Waran 2 Shadan bin Haji Sabtu dari Kompeni Pentadbir dengan larian sejauh 1614.3km, bagi kategori umur 35 – 39 tahun dimenangi oleh Sarjan Noor Ariffin bin Haji Mohd Bahrin dari Kompeni Pentadbir dengan larian sejauh 1686.5km, bagi kategori umur 30 – 34 tahun dimenangi oleh Sarjan Md Shazmeelshah bin Omarshah dari Kompeni Memerintah dengan larian sejauh 1734.65km dan bagi kategori umur 18 – 29 tahun dimenangi oleh Soldadu Muhd Syazwi dari Kompeni A dengan larian sejauh 774.9km.
Manakala, bagi Kategori Segmen 2.4km, kategori umur 40 tahun dan ke atas dengan masa terpantas 9 minit 52 saat, disandang oleh Staf Sarjan Md Annuar bin Abdullah Biar dari Kompeni Pentabir, bagi kategori umur 35 – 39 tahun dengan masa terpantas 8 minit 45 saat, disandang oleh Koperal Shahrul bin Jalil dari Kompeni Pentabir, bagi kategori umur 30 – 34 tahun dengan masa terpantas 8 minit 37 saat disandang oleh Soldadu Muhd Amir Hamzah bin Roslan dari Kompeni C dan bagi kategori umur 18 – 29 tahun dengan masa terpantas 8 minit 14 saat disandang oleh Lans Koperal Md Ali Saifullah @ Adam bin Md Daud dari Kompeni Pentabir.
Tujuan perlawanan ini diadakan bukan sahaja untuk meningkatkan kekuatan mental dan fizikal individu bahkan juga untuk memupuk kemesraan dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim dikalangan warga 2Bn TDDB.