LAMUNIN, TUTONG, Thursday, 08 July 2021 – As part of the community outreach programme, Personnel of Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF) went to Kampong Bang Dalam Mosque and performed Maghrib & Isya’ Prayers. The event then continued with the recitation of
Surah Yaasin & Tahlil with the Imam and Mosque committee members of Kampong Bang Dalam.

Present at the event was personnel of 2Bn RBLF, Imam and Bilal of Kampong Bang Dalam Mosque as well as residents of Kampong Bang Dalam.

The activity serves to further strengthen the relationship between Royal Brunei Armed Forces (RBAF) personnel as well as RBLF personnel with the local community. It also allows RBLF personnel to foster a stronger relationship with the local residents as well as to enliven the mosques of rural areas within the Tutong District.

BATALION KEDUA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MENYEMARAKKAN MASJID KAMPONG BANG DALAM DENGAN AKTIVITI KEAGAMAAN

LAMUNIN, TUTONG,
Khamis, 08 Julai 2021 – Dalam program untuk menjalin hubungan erat bersama masyarakat tempatan, anggota-anggota Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah berkunjung ke Masjid Kampong Bang Dalam dan menunaikan Solat Fardhu Maghrib & Isya’ berjemaah.  Majlis diteruskan dengan membaca Surah Yassin serta Tahlil bersama Imam dan Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampong Bang Dalam. 

Hadir pada majlis tersebut ialah anggota-anggota dari 2Bn TDDB, Imam dan Bilal Masjid Kampong Bang Dalam serta penduduk Kampong Bang Dalam.

Aktiviti tersebut adalah salah satu langkah bagi mengeratkan silaturahim diantara warga penduduk Kampong Bang Dalam bersama warga Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) secara amnya dan khususnya warga TDDB. Ianya juga memberikan peluang kepada anggota TDDB untuk mengukuhkan hubungan ukhuwah bersama penduduk-penduduk kampong di samping menyemarakkan lagi masjid-masjid dan balai ibadah di kawasan pedalaman Daerah Tutong.