TUTONG CAMP, Wednesday, 6 December 2023 – The Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF) held a military exhibition in conjunction with the final term of the school holidays at the Obstacle Course Area and the field near the Warrant Officers’, Staff Sergeants’, and Sergeants’ Mess, Tutong Camp. The visitors were from the families of 2Bn RBLF personnel which includes 39 children.
The event started with the recitation of Surah Al – Fatihah and a safety briefing. The visitors were then brought to the exhibition which includes experiencing the military training on the Obstacle Course Area under the supervision of the Physical Training Instructors and had the opportunity to use military items such as camouflage cream and combat rations.
The event provided a brief military exposure for family members of the personnel, featuring a weapons exhibition and showcasing assets and military vehicles of the RBLF which includes the Lightweight Tactical All-Terrain Vehicle and Armoured Personnel Carrier.
This activity is part of 2Bn RBLF’s efforts to spark interest and acquaint the children of 2Bn RBLF personnel with the capabilities of RBLF, fostering the potential for them to pursue a future in the military while enjoying family time during the school holidays.



BATALION KEDUA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ADAKAN AKTIVITI MENARIK SEMPENA CUTI PERSEKOLAHAN
PERKHEMAHAN TUTONG, Rabu, 6 Disember 2023 – Pada memeriahkan lagi musim cuti persekolahan, Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah mengendalikan beberapa aktiviti menarik untuk keluarga warga 2Bn TDDB sempena penggal akhir cuti persekolahan yang mana seramai 39 kanak – kanak turut hadir menyerikan lagi aktiviti tersebut yang dibuat di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan Perkhemahan Tutong.
Aktiviti dimulakan dengan bacaan Surah Al – Fatihah dan penyampaian taklimat keselamatan. Kemudian, ahli keluarga yang hadir berpeluang untuk menyaksikan pameran, selain mencuba latihan ketenteraan merempuh halangan atas pengawasan jurulatih jasmani yang bertugas serta menggunakan beberapa peralatan seperti krim samaran dan ransum tempur bekalan kombat.
Melalui penerangan ringkas mengenai ketenteraan, ia setentunya memberi pendedahan dan kefahaman bagi yang hadir untuk mengenali tentera secara umumnya. Pameran senjata, beberapa aset dan pengangkutan TDDB termasuk Lightweight Tactical All Terrain Vehicle (LTATV) dan Kereta Angkut Perisai menjadi sebahagian dari aktiviti yang dijalankan.
Aktiviti seumpama ini merupakan salah satu usaha 2Bn TDDB untuk mencetuskan minat dan mendedahkan anak – anak warga 2Bn TDDB dengan keupayaan TDDB, di samping memupuk minat untuk menyertai kerjaya tentera pada masa hadapan serta memberi peluang kepada setiap keluarga yang terlibat untuk meluangkan masa dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan masing – masing dengan perkara yang lebih produktif semasa cuti sekolah.