TUTONG DISTRICT, Saturday, 29 October 2022 – Second Battalion, Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF) continues to give assistance in natural disaster relief effort in Tutong District. Uncertain weather conditions and heavy rain events have caused flash floods to hit several residential areas and affect some of the main roads, especially around Kampung Kuala Ungar.
2Bn RBLF relief efforts include manpower assistance and shuttle transportation assistance for the affected local residents to aid with their routine necessities, especially in time for the current school exam season. If the heavy downpour continues and cause flooding affecting number of areas, particularly in Tutong District, 2Bn RBLF will continue its relief response.
As Brunei Darussalam is currently experiencing adverse weather conditions, RBLF will continue to work with The District Disaster Management Centre (DDMC) and other agencies in providing assistance to the affected residents. Operations such as this will enhance the relations between RBLF and other agencies, NGOs and the community. This activity is part of Civil Military Cooperation (CIMIC) in which the RBLF works hand in hand with other government agencies in providing assistance to the public.

BATALION KEDUA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MENERUSKAN OPERASI BANTUAN KEMANUSIAAN DAN BENCANA ALAM
DAERAH TUTONG, Sabtu, 29 Oktober 2022 – Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah meneruskan peranan dalam operasi bantuan bencana alam di Daerah Tutong. Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu dan kejadian hujan lebat telah menyebabkan banjir kilat melanda di beberapa kawasan kediaman dan menjejaskan sebahagian jalan raya yang menjadi laluan utama, terutamanya di persekitaran Kampung Kuala Ungar.
Usaha bantuan 2Bn TDDB termasuk bantuan tenaga kerja dan bantuan pengangkutan ulang-alik untuk penduduk setempat yang terjejas bagi membantu keperluan rutin mereka, terutama pada musim peperiksaan sekolah pada masa sekarang. Jika hujan lebat berterusan menyebabkan banjir dan menjejaskan beberapa kawasan khususnya di Daerah Tutong, 2Bn TDDB akan meneruskan bantuan operasi banjir.
Pada masa ini Negara Brunei Darussalam sedang mengalami keadaan cuaca buruk. Oleh itu, TDDB akan terus berkerjasama dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Tutong (DDMC) dan agensi-agensi lain dalam memberikan bantuan kepada orang awam yang terjejas. Operasi seperti ini dapat menyumbang dalam mengeratkan lagi hubungan baik di antara pihak TDDB bersama agensi-agensi luar, awam dan masyarakat. Aktiviti ini adalah sebahagian daripada usaha Civil Military Cooperation (CIMIC), iaitu TDDB bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan lain dalam membantu orang ramai.