TUTONG, Thursday, 28 December 2023 – Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF) continues its efforts to further strengthen community engagement with the residents of Tutong District area with participating in religious activities at several mosques and suraus located at Tutong District for the month of December 2023. Among the mosques and suraus were Kampung Lubok Pulau Mosque, Kampung Penabai Mosque, Kampung Penapar and Balai Ibadat Hajah Aminah, Kampung Long Mayan.
The activities commenced with the congregation of Fardhu Maghrib Prayer, followed by the recitation of Surah Yassin and Tahlil as well as Isyak prayers. It concluded with a group photo session.
This initiative will continue as a monthly activity, aligning with the objectives of RBLF to cultivate an appreciation for mosques among personnel and simultaneously strengthen connections with the local community. An active involvement of 2Bn RBLF will encourage cooperation and trust between the community of Tutong District and personnel of RBLF as a whole.






BATALION KEDUA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI TERUSKAN LAGI AKTIVITI MENGIMARAHKAN MASJID – MASJID DI DAERAH TUTONG
TUTONG, Khamis, 28 Disember 2023 – Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) meneruskan usaha bagi menyemai hubungan erat bersama penduduk kawasan Daerah Tutong dengan mengadakan aktiviti mengimarahkan surau – surau dan masjid – masjid di Daerah Tutong bagi bulan Disember 2023. Antara masjid yang dikunjungi ialah Masjid Kampung Lubok Pulau, Masjid Kampung Penabai, Masjid Kampung Penapar dan Balai Ibadat Hajah Aminah, Kampung Long Mayan.
Aktiviti keagamaan secara mingguan tersebut dilaksanakan pada setiap hari Khamis yang mana ia dimulakan dengan menunaikan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah, diikuti dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil serta sembahyang Fardhu Isyak berjemaah. Ia diakhiri dengan sesi bergambar ramai bersama penduduk kampong yang terlibat.
Usaha berkebajikan ini akan diteruskan setiap bulan bagi meningkatkan nilai kerohanian anggota untuk menggalakkan sifat cintakan masjid, di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim bersama jemaah masjid dan penduduk kampong yang setentunya selaras dengan matlamat TDDB. Penglibatan aktif 2Bn TDDB dalam menyemarakkan masjid dan surau di Daerah Tutong turut memupuk sifat kejiranan yang kukuh dan meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap TDDB secara keseluruhannya.