TUTONG, Thursday, 29th February 2024 – The Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF) continues its engagement in weekly religious activities at various mosques across the Tutong District throughout February 2024. Among the mosques visited were Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah Mosque in Kampung Sungai Kelugos, Kampung Bukit Udal Mosque and Kampung Layong Mosque.
The Thursday night religious activities commenced with congregational Fardhu Maghrib prayer, followed by the recitation of Surah Yasin and Tahlil, concluding with Fardhu Isya’ prayer. A group photo session marked the conclusion of the evening’s program.
This weekly initiative not only instills a deeper appreciation for mosques among 2Bn RBLF personnel but also reinforces connections with the local community. Through active participation, 2Bn RBLF aims to foster cooperation and trust between the Tutong District community and RBLF personnel as a whole.




BATALION KEDUA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI TERUSKAN LAGI AKTIVITI MENGIMARAHKAN MASJID DI DAERAH TUTONG
TUTONG, Khamis, 29th Februari 2024 – Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) meneruskan lagi aktiviti mengimarahkan masjid – masjid di Daerah Tutong bagi bulan Februari 2024. Antara masjid yang dikunjungi ialah Masjid Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah di Kampung Sungai Kelugos, Masjid Kampung Bukit Udal dan Masjid Kampung Layong.
Aktiviti yang diungkayahkan setiap malam Khamis tersebut dimulakan dengan menunaikan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah, diikuti dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil. Ia berakhir dengan menunaikan sembahyang Fardhu Isya’ berjemaah dan sesi bergambar ramai.
Usaha berkebajikan mingguan ini bertujuan untuk meningkatkan nilai kerohanian anggota, menggalakkan sifat cintakan masjid serta memperkukuhkan lagi kerjasama, silaturahim dan kepercayaan penduduk Daerah Tutong terhadap TDDB secara keseluruhannya.