TUTONG, Monday, 04 October 2021 – After the occurrence of torrential rain that has caused flooding at several areas in Tutong district, Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF) has deployed its Civil-Military Cooperation (CIMIC) personnel to Kampong Bukit Mosque for a cleaning campaign after it was affected by floods. 

The cleaning campaign was also accompanied by Hj Mohd Azley bin Hj Muhd Aliuddin, Imam of Kampong Bukit Mosque and committee members of the mosque as well as personnel from the Ministry of Religious Affairs (MoRA) led by Hj Azman bin Hj Musa, Religious Officer from MoRA. The cleaning campaign was conducted in accordance with the Ministry of Health guidelines to combat COVID-19.  

Such assistance reflects RBLF’s continued commitment in supporting the National Disaster Management Centre, as the nation’s lead agency in disaster response, as well as other relevant agencies in rapidly and effectively addressing flood situations. It also further strengthens the relations between RBLF, civilian agencies as well as members of the local community. 

 

BATALION KEDUA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI LAKSANAKAN KEMPEN KEBERSIHAN DI MASJID KAMPONG BUKIT

TUTONG, Isnin, 04 Oktober 2021 – Selepas kejadian hujan lebat yang menyebabkan banjir di beberapa bahagian kawasan di Daerah Tutong, Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah mengatur gerak anggota daripada Civil-Military Cooperation (CIMIC), 2Bn TDDB untuk memberi bantuan dengan mengadakan kempen kebersihan di Masjid Kampong Bukit selepas masjid tersebut mengalami banjir.

Kempen kebersihan tersebut juga turut disertai oleh Hj Mohd Azley bin Hj Muhd Aliuddin, Imam Masjid Kampong Bukit dan ahli jawatan kuasa masjid berkenaan serta pegawai dan kakitangan dari Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) yang dipimpin oleh Hj Azman bin Hj Musa, Pegawai Ugama KHEU.  Bantuan ini telahpun dilaksanakan mengikut garispandu pencegahan wabak COVID-19 yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan. 

Bantuan seperti ini mencerminkan komitmen TDDB yang berterusan dalam menyokong Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC), sebagai agensi peneraju utama dalam menangani bencana, serta agensi-agensi lain yang berkaitan dalam menangani situasi banjir dengan pantas dan berkesan. Bantuan ini turut menyumbang dalam mengeratkan hubungan baik di antara pihak TDDB bersama agensi-agensi awam dan masyarakat.