SENGKARAI, Thursday, 11 May 2023 – Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF) led by Major Pengiran Baharuddin bin Haji Ali attended the Launching Ceremony of Reading the Holy Verses of Al-Quran in Conjunction with the 77th Birthday Celebration of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzadin Waddaulah ibni Al-Marhum Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam at Pengiran Anak Haji Mohamed Alam Mosque, Kampung Sengkarai.
Present as the Guest of Honour was Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Deputy Minister of Religious Affairs. Also present at the ceremony was Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri, Tutong Deputy District Officer.
The ceremony started with Fardhu Asar prayer in congregation and continued with the recitation of Surah Al-Fatihah and the reading of the first chapter of the Al-Quran led by Imam Awang Abdul Raqib bin Haji Awang, Imam of Pengiran Anak Haji Mohamed Alam Mosque. The ceremony ended with a closing prayer.
BATALION KEDUA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI HADIR MENYEMARAKKAN MAJLIS PELANCARAN MEMULAKAN BACAAN AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA KE-77 TAHUN
SENGKARAI, Khamis, 11 Mei 2023 – Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) yang diketuai oleh Mejar Pengiran Baharuddin bin Pengiran Haji Ali, Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB telah menghadiri Majlis Pelancaran Memulakan Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-77 tahun bertempat di Masjid Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, Kampung Sengkarai.
Tetamu Kehormat bagi majlis tersebut ialah Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Pemangku Menteri Hal Ehwal Ugama. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri, Pemangku Pegawai Daerah Tutong.
Majlis dimulakan dengan solat Fardhu Asar berjemaah dan seterusnya bacaan surah Al-Fatihah dan membaca Al-Quran juz pertama beramai-ramai yang dipimpin oleh Imam Awang Abdul Raqib bin Haji Awang, Imam Masjid Pengiran Anak Haji Mohamed Alam. Majlis diakhiri dengan bacaan doa penutup.