TUTONG CAMP, Wednesday 23 January 2019 – Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF) held an Adjutant’s parade that took place at the Parade Square, 2Bn RBLF, Tutong Camp.

Present as the guest of honour was Captain Abdul Hakim bin Ariffin, Adjutant of 2Bn RBLF. Also present to witness the ceremony were Officers, Senior ranks and other personnel of 2Bn RBLF. 

The parade commenced with a parade inspection, a march pass led by Captain Amzar Mu’az bin Hj Tamit followed by a speech by the guest of honour. The parade concluded with the recitation of Doa Selamat headed by LCpl Md Hafiy bin Ariffin from Religious Department, RBAF.

The parade is part of Second Battalion’s yearly activity which serve to improve discipline and practice marching drills for 2Bn personnel. It is also to ensure that 2Bn personnel’s ceremonial dress are immaculate and ready to be worn at any times when needed. 


UPACARA PERBARISAN EJUTAN BATALION KEDUA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

PERKHEMAHAN TUTONG, Rabu 23 Januari 2019 – Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah mengadakan upacara Perbarisan Ejutan 2Bn TDDB yang berlangsung di Padang Kawad 2Bn TDDB, Perkhemahan Tutong. 

Tetamu Kehormat bagi majlis ini adalah Yang Mulia 903 Kapten Abdul Hakim bin Ariffin, Ejutan 2Bn TDDB. Turut serta hadir pada majlis tersebut adalah Pegawai-Pegawai, PTB-PTB Kanan serta anggota-anggota 2Bn TDDB.

Upacara perbarisan Ejutan 2Bn TDDB dimulakan dengan pemeriksaan barisan oleh Tetamu Kehormat dan diteruskan dengan perbarisan berjalan lalu dalam masa perlahan dan cepat, seterusnya perbarisan mara kehadapan untuk diperhati semula yang diketuai oleh Kapten Amzar Mu’az bin Hj Tamit dan diakhiri dengan ucapan dari Ejutan 2Bn TDDB. Majlis diakhiri dengan doa selamat yang dibacakan oleh LKpl Md Hafiy bin Ariffin daripada Jabatan Ugama, ABDB.

Tujuan upacara tersebut diadakan bukan sahaja sebagai salah satu aktiviti tahunan Batalion Kedua, ianya juga bagi meningkatkan mutu, disiplin dan tatertib berkawad bagi anggota 2Bn TDDB. Dimana tujuan lainnya ialah bagi membuat pemeriksaan ke atas pakaian anggota 2Bn TDDB bagi memastikan semua anggota mempunyai pakaian istiadat yang kemas dan sedia untuk digunakan pada bila-bila masa diperlukan.